Peningkatan
penyakit-penyakit kronik seperti diabetes, darah tinggi, sakit jantung
dan obesiti bukan lagi satu perkara asing di negara ini.
Pakar-pakar
kesihatan sependapat bahawa kesihatan yang baik, ‘kebebasan’ dan
kenikmatan hidup datangnya dari aktiviti gaya hidup sihat dan merupakan
jalan terbaik memperoleh dan mengekalkan tahap kesihatan anda dalam
keadaan yang baik.
Berikut merupakan 10 daripada bermacam-macam cara untuk anda mencapai kesihatan yang optimum dan mengurangkan tekanan.
Tarik nafas dalam-dalam.
-Kira hingga sepuluh sebelum anda hilang sabar atau naik berang.
Kurangkan stres dengan senaman, meditasi dan yoga. Ajaklah seseorang
untuk menemani anda.
Jaga gigi anda.
-Berus dan flos
gigi anda. Ia menghapuskan nafas berbau, mengelakkan plak serta
meningkatkan keyakinan diri. Pengambilan bakteria baik Lactobacillus
acidiphilus NCFM® setiap hari membantu mengimbangi mikroflora usus,
memperbaiki penghadaman dan nafas berbau. Malah bau yang nyaman
semestinya memberikan anda lebih semangat untuk berhadapan dengan orang
ramai.
Minum, minum dan minum air!
- Banyakkan minum
air untuk menahan selera makan anda. Anda mungkin kehilangan berat badan
kerana ia mengurangkan pengambilan makanan. Minum sekurang-kurangnya 2
liter atau lapan gelas air sehari untuk memastikan tubuh dapat berfungsi
dengan baik. Air membantu membersih dan membuang toksik dan mengekalkan
kecantikan kulit.
Bersarapan!
-Tidak mengambil
sarapan atau mengurangkan pengambilan kalori tidak membantu mengawal
berat badan dalam jangka panjang. Ambil sarapan secara sihat dan makan
malam yang ringan kerana metabolisme memuncak pada waktu pagi dan
menurun menjelang malam.
Pilih makanan yang sihat
-Ambil perhatian semasa memasak atau makan di luar. Elakkan daripada
mengambil makanan bergoreng dan karbohidrat ringkas. Pilihlah salad, mi
sup, sayuran atau bubur ikan, buah-buahan dan teh herba.
Gunakan tangga
- Pilihlah untuk menaiki 50 anak tangga berbanding eskalator. Ia juga
mampu melegakan stres. Mulakan dengan berjalan selama 50 minit sehari.
Selingkan senaman semasa bekerja
-Setiap sejam bekerja, ambil 5 minit rehat dengan membuat regangan,
berjalan atau bermeditasi. Cara itu boleh meningkatkan aktiviti fizikal
dan produktiviti serta rasa lebih baik sepanjang hari. Vitamin B juga
membantu mengekalkan tenaga dan meningkatkan prestasi di tempat kerja.
Senaman bangkit tidur
-Sebelum bangkit dari katil pada waktu pagi, lakukan 5 kali senaman
perut. Tambahkan bilangannya setiap hari sehingga mencapai 50. Selain
membakar lemak, otot abdomen anda menjadi padat dan cantik .
Berjalan
-Berjalan adalah senaman terbaik dan mudah untuk mengelakkan
osteoartritis. Manfaatnya termasuklah menguatkan otot kaki, pinggul dan
torso, memperbaiki keanjalan dan postur serta menguatkan tulang.
Berjalan menggunakan pedometer untuk mengira langkah mungkin lebih
menyeronokkan. Ia dipakai pada tali pinggang sepanjang hari dan akan
menunjukkan jumlah kalori yang dibakar selepas berjalan.
Namun kita tak dapat elak daripada terdedah dengan penyakit. Jadinya suplimen tambahan juga diperlukan.
Idah cadangkan anda ambil Vitamin Shaklee - Vita Lea.
Apakah istimewanya Vita Lea ni?
Meh baca...
No comments:
Post a Comment