|
|
Sebagai ibu bapa, anda perlu memahami
kepentingan penyediaan hidangan yang berkhasiat untuk anak-anak yang
sedang membesar dan rumah merupakan tempat terbaik sebagai permulaan ke
arah pemakanan yang baik.
Umumnya, makanan yang disediakan di rumah adalah
lebih sihat dan berkhasiat kerana anda boleh memilih jenis bahan-bahan
yang digunakan dan kaedah memasak bagi setiap hidangan. Memasak di rumah
juga merupakan cara terbaik untuk menjimatkan wang. |
|
Penyediaan untuk memasak! |
|
Sudah pasti tidak mudah untuk anda menyediakan
hidangan untuk keluarga setiap hari. Dengan jadual anda yang padat, masa
sentiasa menjadi halangan utama. Namun begitu, apa yang diperlukan
adalah merancang beberapa langkah lebih awal seperti merancang pembelian
dan penyediaan makanan. Untuk menjadikan proses perancangan itu
menarik, dapatkan ahli keluarga anda untuk melibatkan diri dalam
keseluruhan proses penyediaan makanan bersama-sama. |
|
Rancang secara BIJAK |
|
- Mulakan perancangan 2-3 hari lebih awal atau secara mingguan untuk menjimatkan masa.
- Pastikan anda menggabungkan pelbagai jenis makanan daripada setiap kumpulan makanan yang terdapat pada Piramid Makanan.
- Rancang jenis hidangan dan kaedah memasak yang
berbeza-beza supaya keluarga anda tidak bosan dengan jenis masakan yang
sama setiap hari.
|
|
Membeli secara BIJAK |
|
- Buat pembelian berdasarkan senarai runcit yang telah disediakan mengikut menu yang telah dirancang oleh anda.
- Pilih makanan segar lebih banyak berbanding makanan yang diproses.
- Beli makanan yang mudah rosak seperti makanan segar sejurus sebelum anda pulang.
- Sewaktu membeli makanan yang diproses, baca
panel maklumat pemakanan untuk melihat kandungan nutrien makanan
tersebut. Jangan lupa untuk memeriksa tarikh luput.
|
|
Bersedia lebih AWAL |
|
- Sediakan bahan-bahan seperti bawang merah,
cili dan bawang putih lebih awal dan simpan bahan-bahan tersebut di
dalam bekas kedap udara di dalam peti sejuk.
- Sediakan dan bekukan bahan-bahan seperti sos, stok atau lebihan makanan.
- Simpan bahan-bahan tersebut di dalam bekas yang boleh dipanaskan menggunakan ketuhar gelombang mikro.
- Sediakan makanan yang mengambil masa lebih
lama untuk dimasak terlebih dahulu; anda boleh menyediakan hidangan lain
sementara menunggu makanan tersebut masak.
|
|
Masak secara SIHAT |
|
Selepas anda selesai merancang dan membeli,
tibalah masa untuk anda memakai apron dan masak. Cara anda menyediakan
dan memasak hidangan akan menentukan khasiat untuk keluarga anda. Kaedah
memasak yang berlainan akan menghasilkan hasil yang berbeza. Ini juga
memberi anda peluang bereksperimen dengan bahan-bahan masakan yang
memberikan lebih manfaat kesihatan serta memberi peluang anda mengubah
tekstur dan rasa sesuatu hidangan.
Petua yang perlu diingati ialah terdapat beberapa
kaedah memasak yang lebih sihat berbanding kaedah lain, sebagai contoh
adalah lebih baik untuk memanggang daripada menggoreng menggunakan
minyak yang banyak memandangkan makanan bergoreng mengandungi lebih
banyak lemak. Untuk hidangan yang sihat, anda boleh mencuba kaedah
memasak berikut:
- Menggoreng (Minyak sedikit)
Merupakan kaedah memasak yang cepat dan boleh
mengekalkan nilai nutrisi. Kaedah ini juga mudah untuk menambah lebih
banyak kebaikan sayur-sayuran ke dalam hidangan bergoreng anda.
- Mereneh sup
Kanak-kanak lebih mudah untuk makan makanan
bersup. Anda boleh merebus ayam untuk membuat sup dan menambah
sayur-sayuran, kentang, nasi atau mi. Sebagai alternatif, anda boleh
cuba membuat bubur ayam. Untuk stew dan sup yang lebih sihat, kurangkan
penggunaan minyak.
- Mengukus
Kaedah masakan ini adalah cara terbaik untuk
mengekalkan nutrien dan perasa makanan. Meskipun mengukus akan mengambil
masa yang lebih lama, anda boleh menjimatkan masa dengan memotong ikan,
ayam atau daging kepada ketulan lebih kecil. Anda juga boleh
menjimatkan masa dengan meletakkan ayam ke dalam periuk nasi (semasa
memasak nasi) supaya anda boleh menghasilkan dua hidangan dan bukannya
hanya satu. Mengukus hanya memerlukan kuantiti minyak yang sedikit.
- Merebus
Merebus merupakan cara yang baik untuk
memperkenalkan sayur-sayuran seperti lobak merah dan tomato bagi
menambah warna dan kebaikan nutrisi. Air rebusan boleh disediakan dengan
menggunakan "slow cooker" atau merebus di atas dapur.
- Membakar
Anda juga boleh membakar pai ayam dengan
menambah sayur-sayuran, rempah dan perasa pada ayam dan ke dalam doh
pastri dan kemudian memasukkannya di dalam ketuhar. Anda juga boleh
membakar kaserol ayam untuk memberikan anak anda kebaikan keju.
- Memanggang
Memanggang sememangnya mudah, pastikan anda
tidak letak minyak yang terlalu banyak pada ikan, ayam dan daging dengan
terlalu banyak minyak. Anda juga boleh memanggang kentang dan lobak
merah pada masa yang sama untuk menikmati hidangan yang seimbang.
- Gril
Menggril merupakan satu lagi kaedah memasak yang
sihat untuk memasak daging, ayam dan ikan tanpa menggunakan minyak.
Haba daripada kaedah menggril akan meliputi bahagian luar makanan,
seterusnya mengekalkan rasa dan nutriennya. Sekiranya anda tidak
mempunyai gril di rumah, anda masih boleh menggril daging menggunakan
ketuhar gelombang untuk mempercepatkan lagi masa menggril.
|
|
Petua memasak secara sihat
- Tambah sayur dan buah pada bila-bila masa yang anda boleh.
- Pilih hidangan yang rendah lemak, gula & garam dan tinggi serat serta nilai nutrisi.
- Tetapkan matlamat untuk hidangan yang sihat dan lazat.
- Hidangkan makanan secara menarik dan menyeronokkan.
|
|
|
Memasak bersama anak anda |
|
Kanak-kanak di usia persekolahan; pra sekolah
atau sekolah rendah merupakan umur yang sesuai untuk mempelajari
pemakanan sihat. Mereka sentiasa berminat dalam mencuba sesuatu baru.
Mereka juga cukup berkebolehan dalam membantu anda di dalam dapur. Di
sini terdapat beberapa tugas mudah yang boleh dibuat oleh anak anda:
- Membasuh buah-buahan dan sayur-sayuran.
- Mencarik sayur kepada kepingan.
- Menghias hidangan.
- Menggaulkan bahan-bahan.
- Membantu dalam menyedia dan mengemas meja.
- Menyediakan snek mudah atau hidangan sampingan seperti sandwich, salad, kentang lecek dan sebagainya.
Menyediakan hidangan dengan memasak sendiri di
dapur adalah tidak sukar. Dengan hanya sedikit perancangan dan
persediaan, anda boleh menikmati hidangan lazat bersama keluarga anda.
Ini juga boleh menjadi satu cara menarik untuk mengumpulkan ahli
keluarga di samping membantu anda untuk menjimatkan duit.
Wah!! Panjang nya Idah menulis..hahahaha..ok yang bahagian atas ni Idah copy paste je info nya dari web Nestle. Rasanya masih ramai yang tak tahu kan. So meh kita sama2 membaca dan lakukan!
Ayuh ibu2 semua...
(^__^)
Stay tune ok... Banyak lagi Idah nak kongsikan dengan semua...
|
No comments:
Post a Comment