Friday 3 April 2015

Botak di usia muda


Kebiasaannya penuaan selalu dikaitkan dengan masalah kulit wajah sehingga terlupa bahawa rambut juga mengalamai masalah penuaan apabila uban dan keguguran rambut yang menyebabkan masalah botak menjadi petanda.

Namun begitu ramai yang beranggapan bahawa masalah rambut serius seperti botak hanya dialamai oleh mereka yang meningkat usia, sedangkan pada hakikatnya golongan muda juga tidak terlepas daripada mengalami masalah ini.

Masalah keguguran rambut antara 50 hingga 100 helai sehari dikategorikan sebagai normal, tetapi jika berlebihan maka ia perlu diberi perhatian agar tidak menjadi lebih serius.

Banyak mitos sering dikaitkan dengan masalah keguguran rambut misalnya disebabkan kerap membasuh rambut, menyikat rambut, mewarna rambut, banyak berfikir dan sebagainya, sedangkan ia tidak berkaitan dengan masalah itu.

Antara punca sebenar berlakunya masalah botak ialah genetik. Ia boleh diwarisi daripada kedua ibu bapa atau boleh berlaku atas tindak balas hormon dalam badan.

Selain itu, kesihatan rambut turut dipengaruhi oleh pengambilan ubat-ubatan dan bahan kimia. Pengambilan zat seperti kalsium dan zink boleh menyihatkan rambut. Walau bagaimanapun, jika mengambil terlalu banyak vitamin A dan D juga boleh menyebabkan keguguran rambut.

Serangan autoimmune, jangkitan mikro organisma dan penyakit kulit juga menjadi punca kepada masalah rambut yang serius.

Oleh itu, pencegahan awal perlu dilakukan lebih-lebih lagi oleh si jejaka yang mempunyai peratusan lebih tinggi berbanding wanita dalam masalah keguguran rambut.

Untuk mengatasi masalah ini, langkah pencegahan seperti pengambilan nutrien secara seimbang amat digalakkan. Ini bukan sahaja dapat membantu kesihatan rambut, malah kesihatan tubuh badan juga turut terjaga.

Apa yang paling penting, kebersihan kulit dan rambut perlu diberikan perhatian demi menjauhi masalah botak. Melindungi rambut daripada sinaran ultra lembayung juga antara cara terbaik untuk mengelakkan rambut gugur.

Artikel : Utusan Melayu

======================================

Idah juga ada sediakan Set Vitamin untu membantu atasi Masalah Botak. 

Mari kita baca pulak penerangan tentang set ni :

Energizing Soy Protein (ESP)

  • Energizing Soy Protein tersangatlah bagus utk masalah keguguran rambut, kuku dan kulit yang sihat.
  • Membekalkan protein untuk membina rambut baru.
B Complex
  • Terdapat Biotin dalam B Complex yang mana ianya bagus untuk menguatkan rambut dan kuku. Biotin juga dapat membantu kita utk mengelakkan kerosakan pada rambut. Ia juga boleh membuatkan folikel rambut kita kuat dan tebal.Biasanya dermatologi menggalakkan penggunaan Biotin utk masalah rambut.

    # Niacin, yang juga dikenali sebagai vitamin B3, ia juga membantu peredaran di kulit kepala dan ini membantu rambut anda tumbuh semula. Manakala, Vitamin B5 pula berfungsi seperti B3 dan juga boleh melambatkan rambut anda beruban. Selain dari itu, Asid folik atau vitamin B9 juga membantu dalam pertumbuhan rambut. Untuk pengetahuan anda, vitamin yang baik dari keluarga B akan memberikan anda keputusan yang sungguh menakjubkan untuk rawatan kehilangan/keguguran rambut.

Zinc Complex
  • Kekurangan Zinc pula boleh mendorong kepada rambut gugur. Jika tiada mineral zink , akar rambut akan menjadi lemah dan seterusnya menyebabkan kerosakan rambut serta menyebabkan pertumbuhan semula rambut anda sangat perlahan. Zinc elok sekali untuk rambut termasuk untuk pembiakan sel, pertumbuhan tisu dan pembaikan tisu yang rosak. Ia juga mengekalkan kelenjar merembeskan minyak yang melekat pada folikel rambut anda, sekali gus mengurangkan peluang mereka jatuh.

Revitalizing Shampoo
  • Melicinkan kutikel rambut dan melebatkan rambut
  • Sistem pembersih yang lembut dan berpaten
  • Menyegarkan dan menyeimbangkan kulit kepala dan rambut tanpa terlalu melembapkan atau mengeringkannya

Lightweight Conditioner
  • Melicinkan dan melembapkan rambut tanpa menjadikannya terlalu melekit
  • Mengembalikan elemen struktur supaya rambut kelihatan lebat, berkilat dan sihat
  • Menghilangkan kesan statik agar rambut mudah digayakan dan diurus


    ==================================================

    Untuk Order boleh terus hubungi Idah seperti di bawah :

    Fb : Zubaidah Binti Arba'i
    SID : 112 7496
    IG : VitaminShakleeShop
    Whatsapp : 013-909.7825
    Email : kedainiaga@gmail.com





No comments:

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnosis atau menyembuhkan apa jua penyakit atau masalah kesihatan.

Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yang berkaitan.
Copyright to Idah Arba'i
Designed by UMIESUEstudio 2015