Monday 29 September 2014

Kalkulator BMI- Pantau Tumbesaran Si Manja



Anda telah melakukan yang terbaik untuk memberikan pemakanan yang optimum kepada si manja anda untuk memastikan dia sentiasa aktif. Tetapi bagaimana anda akan tahu si manja makan dengan betul dan membesar dengan sempurna?
 

Cara paling mudah dan paling berkesan untuk mengetahuinya ialah dengan memantau tumbesaran si manja anda secara berkala (contohnya setiap 6 bulan), dengan menggunakan indeks jisim tubuh (IJT) untuk umur sebagai petunjuk. Jika anda ingin memastikan sama ada berat badan si manja sesuai dengan ketinggian dan umurnya, jangan sesekali membandingkannya dengan kanak-kanak lain. Kanak-kanak membesar pada kadar yang berlainan, dengan saiz dan ketinggian yang berlainan.

Memantau tumbesaran si  manja anda menggunakan IJT
Kalkulator IJT Guna indeks ini untuk memantau (monitor) status tumbesaran si manja. Anda hanya perlu mengisi jantina, umur, ketinggian (dalam meter) dan berat badannya (dalam kg), dan klik ‘Hitung’ untuk mengetahui IJT si manja anda, dan sama ada berat badannya normal, berlebihan atau kekurangan berat badan.
   
Anda juga boleh mengira IJT si manja secara manual dan menyemak status tumbesarannya. Simpan carta ini untuk membolehkan anda memantau kadar tumbesarannya dari masa ke masa.
How?
  • Ukur ketinggian dan timbang berat badan si manja anda.
  • Gunakan ukuran ini untuk mengira IJT si manja menggunakan formula ini:
  • Bandingkan IJT si manja dengan carta tumbesaran piawai daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia. Carta tumbesaran ini disediakan mengikut jantina. Jadi, jangan lupa untuk menggunakan carta yang betul untuk anak lelaki atau anak perempuan.
Apa seterusnya
  • Menggunakan pensel, cari umur si manja anda pada paksi mendatar carta dan naik ke garis menegak.
  • Cari IJT si manja anda pada paksi menegak dan bergerak mengikut garis mendatar ke kanan carta.
  • Pada titik di mana dua garis ini bertemu, tandakan dengan pangkah atau titik kecil. Bahagian di mana pangkah atau titik kecil ini terletak menandakan status tumbesaran si manja anda.
 Credit to : http://www.healthykids.org.my

Dalam Shaklee, ada menyediakan Set Vitamin untuk Kanak-kanak untuk lebih cergas dan Sihat. Apa- apa pun ini hanya cadangan sahaja, namun anda yang memilih untuk berikan yang terbaik buat si Manja Anda.






Untuk lebih detail tentang Set Kanak-kanak ini anda perlulah hubungi idah seperti maklumat di bawah untuk konsultasi yang lebih.

Idah Arba'i
aurasihatceria@gmail.com
013-9097825 (whatsaoo/telegram/wechat)

Menyediakan Hidangan Sihat di Rumah


Sebagai ibu bapa, anda perlu memahami kepentingan penyediaan hidangan yang berkhasiat untuk anak-anak yang sedang membesar dan rumah merupakan tempat terbaik sebagai permulaan ke arah pemakanan yang baik.
Umumnya, makanan yang disediakan di rumah adalah lebih sihat dan berkhasiat kerana anda boleh memilih jenis bahan-bahan yang digunakan dan kaedah memasak bagi setiap hidangan. Memasak di rumah juga merupakan cara terbaik untuk menjimatkan wang.
Penyediaan untuk memasak!
Sudah pasti tidak mudah untuk anda menyediakan hidangan untuk keluarga setiap hari. Dengan jadual anda yang padat, masa sentiasa menjadi halangan utama. Namun begitu, apa yang diperlukan adalah merancang beberapa langkah lebih awal seperti merancang pembelian dan penyediaan makanan. Untuk menjadikan proses perancangan itu menarik, dapatkan ahli keluarga anda untuk melibatkan diri dalam keseluruhan proses penyediaan makanan bersama-sama.
Rancang secara BIJAK
  • Mulakan perancangan 2-3 hari lebih awal atau secara mingguan untuk menjimatkan masa.
  • Pastikan anda menggabungkan pelbagai jenis makanan daripada setiap kumpulan makanan yang terdapat pada Piramid Makanan.
  • Rancang jenis hidangan dan kaedah memasak yang berbeza-beza supaya keluarga anda tidak bosan dengan jenis masakan yang sama setiap hari.
Membeli secara BIJAK
  • Buat pembelian berdasarkan senarai runcit yang telah disediakan mengikut menu yang telah dirancang oleh anda.
  • Pilih makanan segar lebih banyak berbanding makanan yang diproses.
  • Beli makanan yang mudah rosak seperti makanan segar sejurus sebelum anda pulang.
  • Sewaktu membeli makanan yang diproses, baca panel maklumat pemakanan untuk melihat kandungan nutrien makanan tersebut. Jangan lupa untuk memeriksa tarikh luput.
Bersedia lebih AWAL
  • Sediakan bahan-bahan seperti bawang merah, cili dan bawang putih lebih awal dan simpan bahan-bahan tersebut di dalam bekas kedap udara di dalam peti sejuk.
  • Sediakan dan bekukan bahan-bahan seperti sos, stok atau lebihan makanan.
  • Simpan bahan-bahan tersebut di dalam bekas yang boleh dipanaskan menggunakan ketuhar gelombang mikro.
  • Sediakan makanan yang mengambil masa lebih lama untuk dimasak terlebih dahulu; anda boleh menyediakan hidangan lain sementara menunggu makanan tersebut masak.
Masak secara SIHAT
Selepas anda selesai merancang dan membeli, tibalah masa untuk anda memakai apron dan masak. Cara anda menyediakan dan memasak hidangan akan menentukan khasiat untuk keluarga anda. Kaedah memasak yang berlainan akan menghasilkan hasil yang berbeza. Ini juga memberi anda peluang bereksperimen dengan bahan-bahan masakan yang memberikan lebih manfaat kesihatan serta memberi peluang anda mengubah tekstur dan rasa sesuatu hidangan.
Petua yang perlu diingati ialah terdapat beberapa kaedah memasak yang lebih sihat berbanding kaedah lain, sebagai contoh adalah lebih baik untuk memanggang daripada menggoreng menggunakan minyak yang banyak memandangkan makanan bergoreng mengandungi lebih banyak lemak. Untuk hidangan yang sihat, anda boleh mencuba kaedah memasak berikut:
  • Menggoreng (Minyak sedikit)
    Merupakan kaedah memasak yang cepat dan boleh mengekalkan nilai nutrisi. Kaedah ini juga mudah untuk menambah lebih banyak kebaikan sayur-sayuran ke dalam hidangan bergoreng anda.
  • Mereneh sup
    Kanak-kanak lebih mudah untuk makan makanan bersup. Anda boleh merebus ayam untuk membuat sup dan menambah sayur-sayuran, kentang, nasi atau mi. Sebagai alternatif, anda boleh cuba membuat bubur ayam. Untuk stew dan sup yang lebih sihat, kurangkan penggunaan minyak.
  • Mengukus
    Kaedah masakan ini adalah cara terbaik untuk mengekalkan nutrien dan perasa makanan. Meskipun mengukus akan mengambil masa yang lebih lama, anda boleh menjimatkan masa dengan memotong ikan, ayam atau daging kepada ketulan lebih kecil. Anda juga boleh menjimatkan masa dengan meletakkan ayam ke dalam periuk nasi (semasa memasak nasi) supaya anda boleh menghasilkan dua hidangan dan bukannya hanya satu. Mengukus hanya memerlukan kuantiti minyak yang sedikit.
  • Merebus
    Merebus merupakan cara yang baik untuk memperkenalkan sayur-sayuran seperti lobak merah dan tomato bagi menambah warna dan kebaikan nutrisi. Air rebusan boleh disediakan dengan menggunakan "slow cooker" atau merebus di atas dapur.
  • Membakar
    Anda juga boleh membakar pai ayam dengan menambah sayur-sayuran, rempah dan perasa pada ayam dan ke dalam doh pastri dan kemudian memasukkannya di dalam ketuhar. Anda juga boleh membakar kaserol ayam untuk memberikan anak anda kebaikan keju.
  • Memanggang
    Memanggang sememangnya mudah, pastikan anda tidak letak minyak yang terlalu banyak pada ikan, ayam dan daging dengan terlalu banyak minyak. Anda juga boleh memanggang kentang dan lobak merah pada masa yang sama untuk menikmati hidangan yang seimbang.
  • Gril
    Menggril merupakan satu lagi kaedah memasak yang sihat untuk memasak daging, ayam dan ikan tanpa menggunakan minyak. Haba daripada kaedah menggril akan meliputi bahagian luar makanan, seterusnya mengekalkan rasa dan nutriennya. Sekiranya anda tidak mempunyai gril di rumah, anda masih boleh menggril daging menggunakan ketuhar gelombang untuk mempercepatkan lagi masa menggril.

Petua memasak secara sihat

  1. Tambah sayur dan buah pada bila-bila masa yang anda boleh.
  2. Pilih hidangan yang rendah lemak, gula & garam dan tinggi serat serta nilai nutrisi.
  3. Tetapkan matlamat untuk hidangan yang sihat dan lazat.
  4. Hidangkan makanan secara menarik dan menyeronokkan.
Memasak bersama anak anda
Kanak-kanak di usia persekolahan; pra sekolah atau sekolah rendah merupakan umur yang sesuai untuk mempelajari pemakanan sihat. Mereka sentiasa berminat dalam mencuba sesuatu baru. Mereka juga cukup berkebolehan dalam membantu anda di dalam dapur. Di sini terdapat beberapa tugas mudah yang boleh dibuat oleh anak anda:
  • Membasuh buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Mencarik sayur kepada kepingan.
  • Menghias hidangan.
  • Menggaulkan bahan-bahan.
  • Membantu dalam menyedia dan mengemas meja.
  • Menyediakan snek mudah atau hidangan sampingan seperti sandwich, salad, kentang lecek dan sebagainya.
Menyediakan hidangan dengan memasak sendiri di dapur adalah tidak sukar. Dengan hanya sedikit perancangan dan persediaan, anda boleh menikmati hidangan lazat bersama keluarga anda. Ini juga boleh menjadi satu cara menarik untuk mengumpulkan ahli keluarga di samping membantu anda untuk menjimatkan duit.


Wah!! Panjang nya Idah menulis..hahahaha..ok yang bahagian atas ni Idah copy paste je info nya dari web Nestle. Rasanya masih ramai yang tak tahu kan. So meh kita sama2 membaca dan lakukan!

Ayuh ibu2 semua...
(^__^)
Stay tune ok... Banyak lagi Idah nak kongsikan dengan semua...


Cabaran 30 Hari | Hari #01 : Siapa Saya

Wah..vavava... CABARAN 30 hari menulis Blog.
Sahut cabaran!!
Idah suka dengan cabaran.
Nak tahu kenapa?

Hah sebelum tu sempena dengan Tajuk Entry " SIAPA SAYA?" ..So kena lah perkenalkan diri ambe dulu...

Idah Arba'i dilahirkan di Raub Pahang, Ambe orang Pahang weii, lepas kawin dengan Orang Ganu, maka nya secara tidak langsung ambe pung dah jadi orang ganu..Kihkih.. Oklah actually(cewah omputih pulak)...

Idah sudah buat bisnes internet ni sejak 2006 lagi. Itupun atas inisiatif suami Idah. Idah berkahwin dalam keadaan Idah belum bekerja, masa tu Idah baru habis praktikal Di KIST ,Kandis Kelantan. Bulan 5 bertunang, bulan 8 kawin. Masa tu Idah baru nak kenal2 dengan dunia internet dan biz.

Idah ingat lagi biz internet pertama Idah join, adalah biz yang tengah glamour dulu kini dan maybe akan datang kot. Biz hantar email kepada orang lain dengan istilah kita bekerja hanya dengan hantar email boleh jana income. Iye masa idah join tu modalnya hanya RM40 sahaja. Kerja nya hantar email hari2,lepas minta suh orang bayar dan orang tu pulak..berantai-rantai.Sekejap je Idah join sebab rasa macam apa jer.. Tak berkat kot akhirnya terkubur gitu je..

Kemudian Idah melangkah ke alam bisnes AFFILIATE. Hah macam2 affiliate Idah join.dan Yang paling best Affiliate Belajar Bahasa Arab. Idah jual kamus BA dan raih komisyen. Berbaloi2 buat cuma memang kena rajin email orang dan join mana2 yahoo group. Dulu-dulu sangat glamour.

Lepas tu Idah aktif berforum, kenal kawan2 biz yang lain. Dan mulakan langkah berbisnes produk fizikal iaitu PAD HERBA SUSEN. Time tu MLM dan modal idah join serendah RM55.00 sebab time tu tengah promosi keahlian. So dapat lah income yang seadanya. Jualan peribadi tinggi, cuma kumpulan mmg takde. Sebab time tu Idah tak tahu apa2 pun pasal pangkat2 dalam MLM ni. Tahu nak jual je. Mentor pun takde. Asal ada biz yang best, Idah join. Namun semuanya separuh jalan.

Start 2009 Idah masuk pulak bisnes pakaian dengan menjual produk2 muslimah. Time ni dah cerdik sikit sebab Idah ada buat dropshipping. Sale alhamdulillah cuma memang penat. Sebab dari zero ke hero hihi..memang kita buat sendiri, Ukur saiz, snap pic, edit, upload. Saiz pulak bukan nya semua sama. Pendek cerita mmg banyak sangat keje. Idah slow2 amik stok dan buat dropshipping sahaja. Hah lega sikit.

2014, April...
Bermulanya perjalanan Idah sebagai seorang SID.. Untuk kisahnya boleh baca di sini : http://bit.ly/1uU3vFG


Insya ALLAH jumpa lagi next Entry....


IDAH ARBA'I
aurasihatceria@gmail.com
Whatsapp/Telegram : 013-9097825

Sunday 28 September 2014

Cantik, Sihat dan Berseri - SET CANTIK SHAKLEE

Hari ni Idah nak menulis tentang Set Asas Kecantikan Produk Shaklee. Set ni adalah set bajet. InsyaALLAH konsisten makan dan amalkan, akan dapat hasil yang lebih baik. Idah sendiri pun tengah makan set cantik ni. Semoga ada perubahan yang lebih baik.InsyaALLAH.

Idah sangat suka jaga kecantikan. Lepas ni kena diet sebab nak slim.kihkih...Diet2 pun diet yang sihat di samping Idah ambil supplemen untuk lebih bertenaga. Sat lagi baru Idah cerita tentang Set Nak kurus2 ni ye.

Sebelum tu meh layan gambar tuan punya badan dulu..


Alhamdulillah sejak Idah guna set kulit cantik, itulah perubahan yang Idah sedang alami sekarang. Sangat2 berpuas hati menggunakan Set Cantik Shaklee dan juga makan Vitamin2 nya. Masa Raya Haji 2013, kulit Idah agk gelap, kusam, tidak bermaya dan ada jeragat. Alhamdulillah selepas bersalin  Idah continue makan Set bersalin + set kulit Cantik..hah itulah hasilnya..Berseri, kulit lebih licin, bersih, dan cerah. Mak idah tu umur 61tahun dah tau..Kulit dia lagi cantik..
ater nya..mok teman makan COLLAGEN gitew..Wow!!

Ini yang teruja nak makan COLLAGEN juga..Apa pun Idah nak habiskan satu2 set dulu. Dah habis semua..hah time tu nak try makan Collagen+Vivix..Muda 25tahun dr usia tu.. Sape nak??

Ok untuk luaran, Idah guna yang bawah ni:- Set Nutriwhite.


Set Cantik yang Idah makan :


VITAMIN C
Selain daripada protein, kulit memerlukan Vitamin C untuk membentuk kolagen. Kolagen ibarat simen yang mengikat batu-bata (protein), supaya kulit sentiasa kenyal. Kekurangan kolagen membuatkan tubuh anda mudah lebam dan calar, kering dan bersisik. Kolagen yang cukup daripada Vitamin C yang baik membuatkan kulit anda kelihatan bersinar dan gebu.

B-COMPLEX
Vitamin B-Complex ( B for Beauty) menjaga kesihatan kulit daripada dalam. Ia membantu mengurangkan garis-garis halus di kulit. Vitamin B-Complex juga penting untuk melanin yang memberi warna pada kulit. Lebih kerap anda berada di bawah matahari, lebih banyak B-Complex diperlukan.

Akhir sekali, Vitamin E yang memang diketahui umum adalah vitamin untuk kecantikan kulit, melawan penuaan. (kedut of course!). Vitamin E bersifat anti-oksidan dalam bentuk fat-soluble (manakala Vitamin C tadi dalam bentuk water-soluble).

GLA COMPLEX (Add On)
Turut membantu anda mendapatkan kulit yang lebih bersih! (dengan syarat pengambilan vitamin yang konsisten dan minum banyak air kosong.)


 +


ADD ON ESP untuk mendapatkan kulit yang lebih cantik, yang mana protein merupakan vitamin asas yang diperlukan untuk kecantikan dan kesihatan tubuh badan kita secara menyeluruh.

PROTEIN
Asasnya, sel tubuh kita terbina daripada protein. Namun, pelbagai proses yang dilalui oleh tubuh kita menyebabkan protein termusnah, menjadi tua, rosak dan sebagainya. Justeru, kita perlukan protein baru untuk mengganti protein yang hilang tadi.

Sel kulit berganti setiap 21 hari. Selepas 21 hari, ia akan digantikan dengan sel baru, which is, sekiranya kita memberikan tubuh kita ‘makanan asas’ yang sihat, maka sel yang terhasil itu pastilah sihat juga. (Sebab tu dalam bidang kecantikan, kerap ditekankan proses scrubbing untuk menghasilkan kulit yang cantik. Sebenarnya, apa yang dilakukan ialah membuang sel2 lama yang telah rosak dan mati, dan membenarkan sel2 baru untuk hidup dan bernafas menggantikan sel2 lama tadi).

Protein boleh diperolehi daripada ayam, ikan, daging, kekacang..Namun hakikatnya, pengendalian sumber makanan berunsurkan protein tadi (memasak) pada suhu yang tinggi telah memusnahkan protein yang terkandung di dalamnya. Maka, pengambilan suplemen protein yang berkualiti adalah penting untuk membantu anda mendapat khasiat protein yang optimum.

Di Shaklee, ESP adalah protein. Pengambilan ESP membantu kita mendapat khasiat protein sebenarnya. Sel yang sihat dapat dihasilkan dengan cukup protein. Sel yang sihat membantu penyerapan vitamin dan galian lain dapat dilakukan dengan optimum

Maka kita akan lebih sihat dan merasakan nikmat kesihatan yang sebenar. Ramai yang amalkan ESP mengakui keberkesanan pengambilan vitamin2 lain.


Insya ALLAH ada sambungan lagi bab kecantikan ni...
Stay Tune...






 IDAH ARBA'I
aurasihatceria@gmail.com
Whatsapp /Telegram : 013-9097825






Saturday 27 September 2014

5 Hari menuju Closing!

SUBHANAALLAH, ALHAMDULILLAH, ALLAHUAKHBAR!

Sayangnya ALLAH pada hamba NYA
Nikmat udara yang segar untuk terus kita bernafas
Nikmat tubuh badan yang Sihat
Nikmat mata yang melihat
Nikmat mulut yang boleh berbicara
Nikmat MASA, MUDA, KAYA, HARTA

ALLAHU...
Betapa banyak nya...Tidak terhitung
Namun sudahkah kita bersyukur dengan segala nikmat yang ALLAH berikan?

Muhasabah diri!
Jadilah hamba NYA yang bersyukur..

Ya ALLAH , kepada Mu kami meminta
Dan kepadaMU jua akan kami kembali.

5 hari lagi nak closing..
Semoga Anak2 AIS semua akan terus berusaha...
Insya ALLAH.. Usaha LUAR BIASA untuk nikmati hasil yang LUAR BIASA juga.


Thursday 25 September 2014

Kesenangan selepas Kesusahan

Ujian adalah tarbiyah dari ALLAH
Adakah kita kan SABAR, ataupun sebaliknya...
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
semua itu adalah dari Tuhan...

Bisnes Shaklee ..sape buat dia dapat! Usaha sebaiknya. Cari push factor, keluar dari comfort zone.. Walaupun anda hanya seorang suri rumahtangga sepenuh masa. Ingin berubah?

Setiap dari kita ada IMPIAN kan..kan?? Walaupun sudah berumahtangga sekalipun dan anda seorang IBU, impian anda masih boleh dicapai! Diri sendiri yang haru bertindak!. Teringin :-

-berikan ibu bapa 4 angka sebulan?
-hadiahkan ibu bapa mengerjakan haji/umrah?
-hadiahkan suami dan anak2 dengan perlancongan dalam dan luar negara?
-berikan kepada anak-anak pendidikan di sekolah2 yang lebih baik
-ada aset sendiri termasuk hartanah, rumah dll
-nak buat dakwah dan sedekah..tubuhkan YAYASAN untuk lebih banyak memberi
- Freedom lifestyle, kewangan , mASA

uisshhhh banyak lah lagi... So BERTINDAK lah!
Berminat nak buat bisnes SHAKLEE dan jana income lebih 4-7angka tak mustahil!

Ini yang SHAKLEE tawarkan kepada kita :-



ini Idah ambil dari FB mamaa Adamia:-

Jangan bagi alasan kerja,
Jangan bagi alasan anak,
Jangan bagi alasan apa pun.
Kalau diri betul2 inginkan sesuatu.
Lautan api pun sanggup diredah.
Nak berjaya kena korbankan sesuatu.
Jangan korbankan anak, jangan korbankan suami. Jangan korbankan mak ayah.

Korbankan DIRI.

Siapa yang sanggup korbankan DIRI??
Macam mana maksud korbankan diri tue?
DIRI sendiri tak der masa nak berseronok. - tgk drama bersri n so on
di saat anak n suami sudah tido nyenyak, DIRI SENDIRI bersengkang mata buat keja. (update blog, n so on)

Cuba tanya orang yang dah berjaya, pernah tak hadapi situasi macam tue, berani kerat jari, PASTI PERNAH!

MEREKA BERJAYA SEBAB MEREKA DAH KORBANKAN MASA UNTUK DIRI.

MEREKA TAHU APA YANG MEREKA NAK JADi MEREKA TAK TOLEH BELAKANG DAH.

Itu lah ciri orang yang berjaya.


*berkorban tue sekejap je. dlm 1-2 tahun jeeee... tapi wajib kena focus n CARA yang betol .




Saya mencari bakal-bakal LEADERS yang baru. Adakah ANDA orangnya? Iaitu yang WAJIB ada pada anda adalah :-

KEINGINAN utk berjaya
KESANGGUPAN untuk belajar & dibimbing
SEMANGAT KUAT ingin mengubah kehidupan
Laptop/ Komputer, Talian Internet & Handfone

Anda ada kriteria di atas?
Ingin menyertai jemaah sihat dengan income 4 angka dalam masa 6 bulan ?

Jika "YA" , boleh sms/whatsapp/telegram/wechat saya di 013-9097825 (Idah)

atau

hantar Pm inbox ke : https://www.facebook.com/messages/zubaidah.arbai

Idah Arba'i
Konsultasi Shaklee Anda
013-9097825


AKU MALU...


" AKU MALU "

Aku kata “astaghfirullah” tapi hati masih gemar akan maksiat.
Aku kata “wa atubu ilaih” tapi jasad masih melakukan dosa sama.

Aku kata “wa nadimna ya Allah” tapi kesilapan lalu masih ku ulangi.
Aku kata “subhanallah” tapi aku tidak mampu menghayatinya.

Aku kata “alhamdulillah” tapi aku masih tidak bersyukur dengan kurniaanNya.

Aku kata “Allahuakbar” tapi cintaku lebih kepada dunia.

Aku kata “ma fi qalbi ghairullah” tapi masih ada ruang di hatiku untuk insan yang tidak halal.

Aku kata “aku tak layak ke syurga, tapi aku tak sanggup ke nerakaMu” namun aku hidup di dunia seakan-akan aku kuat untuk rasa pedih api neraka.

Aku kata aku ingin mendekatiMu,
Namun amalku tak seiring dengan kata-kataku.

Aku malu dengan sepasang mata kurniaanMu ini,
Kerana air mata yang mengalir seakan-akan sia-sia.

Aku malu dengan tangan yang sudah lelah menyapu air mata,
Kerana tingkah laku pemiliknya ini tidak menggambarkan aku kesal.

Bahkan aku malu dengan sang burung yang berkicau,
Kerana aku insan yang dinodai dosa..

Sedang sang burung tidak disentuh walau sekelumit dosa.
 
 

Wednesday 24 September 2014

Responsibility penting untuk lebih berjaya!


Ini pesanan UPLINE Idah dalam Group. (^__^)
Responsibility = Tanggungjawab

Antara kunci nak rank up dan efektif ialah RESPONSIBILITY/BERTANGGUNGJAWAB

CUSTOMER
- Follow up customer ..sayangi dan kasihi mereka ..
- kongsikan apa saja berita terkini dengan mereka eg: promosi , kelebihan jadi ahli
- kongsikn bersama aktiviti Shaklee anda

EMPAYAR
- sentiasa buat perancangan dan post mortem prestasi bisnes anda
- tahu apa visi dan misi serta apa yang nak dituju
- fokus
- jangan mudah putus asa ..kalau jatuh..bangkit segera
- ikhlaskan hati untuk terus memberi

Tanggungjawab pada Downline
- bantu mereka untuk berjaya seperti anda ..kalau skang anda Supervisor..bantu anak anda untuk naik sup seperti anda..

- walaupun anda hanya distributor ..katalah anda dapat 600uv bulan ni..bantu downline anda untuk capai 600uv juga atau lebih

- bimbing..tunjuk jalan bagaimana nak bermula dan buat bisnes Shaklee ni

- Bagi yang dah naik rank (leader) ... Bantu anak buah anda untuk capai apa yang anda capai hari ini.inshaAllah ...anda bakal rank up atau efektif

Tanggungjawab pada mentor


- Implement apa jua yang mentor sarankan..contoh tips tips nak berjaya. Buat je sebab tips tips tu dah terbukti berhasil sebab ini juga apa yang mentor buat.

- Jangan buat promo ke atau apa je sebab mentor suruh.. Buat sebab anda sayangkan bisnes anda

Paling penting ... Letakkan taqwa dalam hati ...sebab kat sana nanti..kita akan dipersoalkan tentang tanggungjawab kita ...

Credit to  : Master Coordinator to be FAZLINA

Tuesday 23 September 2014

Perkara yang perlu disemat setelah SING UP sebagai SID




1-Menentukan dan mengingati apa yang akan diperolehi hasil dari perniagaan. 
*Set Target harian, mingguan, bulanan dan tahunan dan INGAT!
*Aim Hasil iaitu Final UV yang anda akan achieve di Hujung bulan, Rangka peta perjalanan utk dicapai dalam SHaklee (Bila nak nek rank SV, Sr Sup, Coodi dan seterusnya)

"Orang kata Manusia bergerak kerana "sebab". Jika anda tidak mempunyai "sebab" anda tidak akan bergerak memulakan perniagaan.

2-MLM adalah spt pokok.
Dimulakan dari kecil, dijaga dengan teliti supaya hasilnya akan diperolehi berganda-ganda banyaknya pada masa hadapan. Bermula dari 5-10 biji benih akhirnya akan mengeluarkan berpuluh ribu buah setiap kali berbuah.
* Jadi kita x bolehlah harapkan hari ini kita sign-up esok kita dah dapat bonus 5 angka..

3-Balance 
Dlm perniagaan MLM, balance amat penting dan perlu. Balance antara menjual, menaja, memberi servis, follow up, memimpin kumpulan diibarat spt menunggang basikal..Pada permulaan menunggang basikal mestilah ada sokongan, bimbingan supaya tidak terjatuh.

4-Pergerakan produk di dalam MLM adalah spt pergerakan semut.
Utk smpkan produk ke hujung sanan, tak semestinya kita sendiri yang membawanya. Kita tinggal di KL tapi produk kita boleh smp ke seluruh Malaysia

5- Tidak ada masa yang sesuai.
Menunggu masa yang sesuai utk memulakannya adalah spt menunggu sehingga semua lampu isyarat di sepanjang jalan berwarna hijau baru memulakan perjalanan. **SESUATU YANG MUSTAHIL**

Ihsan : Iffa Anua

Alhamdulillah.. Bestnya dapat masuk Kelas Marketing

Syukur alhamdulillah hari ini Idah dapat masuk Kelas Online Marketing :

TAJUK : CARA BINA TRAFFIK DI FACEBOOK
Oleh : Tuan Izan

Dah lama Idah nak join kelas-kelas marketing ni, sebab rasa macam dalam dada ni ilmu tentang dunia marketing sangat2 kurang. Kali ni Idah nak bangkit dan BERJAYA!!

Doakan Idah ye.
Tamat MASTER COORDINATOR by Nov 2016.

(^__^)

SID : Idah Arba'i (1127496)
013-9097825
aurasihatceria@gmail.com
"Sihat itu satu nikmat yang tidak ternilai, Hargailah ia.."
Pilihan di tangan anda... 
Idah pilih Nutrisi semulajadi tentunya SHAKLEE..terbaeekkkk!!

Monday 22 September 2014

PERBEZAAN : VITAMIN SINTETIK VS VITAMIN SEMULAJADI

PERBEZAAN : VITAMIN SINTETIK VS VITAMIN SEMULAJADI

1. Penghasilan 

Vitamin natural - dihasilkan dari ekstrak bahan2 semulajadi dengan mengambil intipati yang diperlukan dan menyingkirkan fiber. Contohnya pembuatan vitamin C natural diperolehi dari mengambil pati asid askorbik dalam buah limau dan menyingkirkan serat2nya.

Vitamin sintetik - dihasilkan dari manipulasi bahan kimia yang mempunyai ciri2 seakan-akan bahan yang terdapat dalam vitamin. Contohnya asid askorbik (vitamin C) mempunyai formula empirik C6H8O6, jadi gabungan dari molekul2 karbon, hidrogen dan oksigen ini boleh dihasilkan dari apa2 bahan bagi menghasilkan asid askorbik.

2. Keserasian dgn badan 

Vitamin natural - dihasilkan dari bahan2 makanan kita, jadi ia bertindak dengan lebih baik dan semulajadi dengan tubuh. Ia tidak mendatangkan kesan sampingan, dan memberi kesan yang lebih baik.

Vitamin sintetik - walaupun formulanya sama, ia tetap tidak sama dengan vitamin natural, apa lagi dengan makanan asli. Ini kerana penghasilannya pun bukan dari sumber makanan. Jangan terkejut kalau saya katakan tar yang digunakan untuk menurap jalan raya adalah salah satu bahan untuk menghasilkan vitamin B complex pada vitamin sintetik.

3. Harga 

Vitamin natural - tentunya lebih mahal kerana penghasilannya dari bahan2 semulajadi memerlukan kos bahan yang lebih tinggi.

Vitamin sintetik - biasanya lebih murah dan adakalanya diberi percuma saja.

4. Kesan kepada tubuh badan 

Vitamin natural - mengambil intipati dari bahan2 semulajadi, jadi ia tidak meninggalkan bahan2 yang perlu, walaupun bukan bahan utama dalam vitamin tersebut. Contohnya kalsium memerlukan magnesium vitamin D untuk menjadikan penyerapannya lebih optimum. Kalsium yang tidak diserap dengan sempurna akan disimpan dalam ginjal dan boleh menyebabkan batu karang atau batu buah pinggang.

Vitamin sintetik - oleh kerana pembuatannya adalah untuk menghasilkan sejenis bahan tertentu, maka kebanyakan vitamin sintetik datang dalam bentuk ’solo’, misalnya kalsium tanpa magnesium dan vitamin D, jadi kita kena amik magnesium dan vitamin D dari sumber lain. Begitu juga dengan vitamin2 lain, yang memerlukan ‘kawan’ untuk bertindakbalas dengan sempurna, tapi tidak ada dalam vitamin sintetik.

5. Kesan jangka panjang 

Vitamin natural - tidak mendatangkan kesan sampingan kerana penghasilan dari bahan2 seperti yang dinyatakan di atas (bahan semulajadi).

Vitamin sintetik - mempunyai banyak kesan jangka panjang, salah satunya akibat ketidakstabilan bahan2 yang terkandung dalam vitamin sintetik itu sendiri, dan manipulasi kimia yang dilakukan dalam proses penghasilannya.



Jadi, apa kata anda laburkan sedikit duit anda sekarang untuk membeli vitamin semulajadi yang terbukti SELAMAT dan BERKESAN.

KENAPA ORANG BERJAYA ITU BERJAYA?

1. Sikap dia berbeza
Orang berjaya dia tak suka komplen. Tak macam orang gagal. Semua nak komplen. "Apa la tak ada parking", "Apa la tak ada makan?" " Apa la pen kertas pun tak bagi" dan banyak lagi.

Orang gagal sibuk kira benda yang tak jadi. Mentaliti dia berbeza. Sikap dia berbeza. Kesabaran dia berbezaa. Dia taksuka duduk saja. Walaupun dia tak ada kerja, dia cari kerja.

2. Mereka ini pantas.
Pantas buat keputusan, pantas buat tindakan. Dia nak, dia nak. Tak pikir pun macamana nak jadi. Nak berniaga buat je dulu. Ada orang pikir langit dan bumi, tapi orang berjaya buat je dulu, dia tau Allah akan uruskan seterusnya.

3.Mereka sanggup invest untuk kejayaan mereka.
Invest wang, tenaga dan masa.

4. Mereka bina networking yang bagus.
Maksud networking: Anda adalah siapa kawan anda. Siapa nak hidup berubah? Upgrade kawan.

5.Mereka dah buat keputusan dari awal yang mereka nak berjaya.
Tak percaya? Pegi tanya mereka yang berjaya.

6.Mereka berkawan dengan orang yang betul.

7.Mereka tidak bertangguh.
Fast action fast result. Kepantasan pemilik bisnes mempengaruhi keputusan bisnes dia. Bisnes berkenaan kepantasan.
Kalau sikap owmer ni lembap, agak barang yang order tu bila nak siap?

8. Tidak menghiraukan kutukan
Ada setengah orang berniaga, bisnes bagus. Tapi sibuk melayan apa orang cakap. Tak ada ilmu, sibuk layan kutukan orang.

9.Fokus
Fokus 1 produk pada 1 masa. Itu pun dah boleh jadikan anda NENEK JUTAWAN!.
Fokus 1 masalah pada 1 masa. Dimana ada masalah, di situ ada peluang. Dimana ada peluang,di situ ada wang. Dimana ada wang, di situ ada kekayaan.

10.Mereka konsisten & persisten.
Persistent, tak mudah putus asa. Dia nak, doa nak jugak. Kalau mentaliti biasa mesti tak dapat le.

Okay jutawan. That's all for today.. Mana saya dapat semua tips ni?

Di program Dr Azizan @Wisma MCA semalam. Tq Doc!..

Indahnya hati dengan beristighfar, berselawat, bersyukur dan bersedekah...

- CREDIT TO ANIS CHOC MOIST CAKE


SID : Idah Arba'i (1127496)
013-9097825
aurasihatceria@gmail.com
"Sihat itu satu nikmat yang tidak ternilai, Hargailah ia.."
Pilihan di tangan anda... 
Idah pilih Nutrisi semulajadi tentunya SHAKLEE..terbaeekkkk!!


Wednesday 17 September 2014

Power Of Gratitutes

[REZEKI YANG TERTANGGUH]

Kadang-kadang puas kita merayu meratap memohon
Namun Allah tak makbulkan..

Kita kecewa..
Persoalan "KENAPA...KENAPA.." menjadi ucapan
Setiap masa..

Rupanya Allah nak berikan yg lebih baik di masa yang lebih sesuai..
Kita selalu sangka Allah tak adil..
Tapi sebenarnya kita yang tidak bersyukur dan kurang yakin..

Astaghfirullah...
Allahuakhbar...

Jadilah hambaNYA yang bersyukur..
Allahu'alam



Tuesday 16 September 2014

Khasiat Madu Lebah

Khasiat Madu. Ada sesiapa tahu? Hari ni Idah nak share tentang madu pulak.
Madu ni sangat bagus untuk diamalkan. Idah pun amalkan namun ianya dicampur dengan habbatussauda. Buat mcm kaya dengan roti. Sedap. Campur dalam air minuman kegemaran pun sedap.Macam Cinch Tea Mix Enegry Shaklee ni, nak sedap campur sikit madu+perahan lemon+ ginger...fuhhhh..Mak mertua lalu pun tak sedar..hahaha....



Ok jom baca sikit tentang madu. Ni Idah ada dengar dalam slot Tanyalah Ustaz.


S: Apakah cara makan madu terbaik?

J: Untuk tujuan rawatan:
  • Pertama – makan madu sahaja, tidak dicampur dengan bahan lain
  • Kedua – bancuh dengan air masak
  • Ketiga – paling berkesan, makan ketika baru bangun tidur sebelum makan apa-apa yang lain.
  • Keempat – amalkan 2 sudu pagi/malam
  • Jika makan madu, perlu minum air dengan banyak (min. 2 liter) kerana air akan membantu menggerakkan madu ke seluruh badan.
  • Boleh campur makan madu dengan ubat-ubat lain, kecuali jika ada alahan pada madu
  • Jika ingin beri pada bayi – beri sedikit sahaja
  • Tip untuk mula amalkan madu – bancuh madu dengan air kosong dan jadikan minuman seharian.

S: Apakah produk lebah yang terbaik?

J: Sebenarnya semuanya baik. Cuma, cara mengamalkannya yang berbeza mengikut tahap kesihatan dan apa yang ingin kita capai. Antara caranya:

  • Jika tidak penyakit apa-apa, amalkan madu asli.
  • Jika ingin anak yang cerdik, amalkan memberinya madu. Mulakan dari bayi lagi sehingga berumur 5 tahun, kerana proses tumbesarannya berlaku 90% pada tahun-tahun tersebut.
  • Jika ada penyakit, maka elok ambil ‘royal jelly’. Bagi mereka yang perlukan tenaga lebih, amalkan madu daripada hutan kerana ianya mengandungi herba. Jika selalu demam/selsema, amalkan madu asli. Jika batuk berterusan, asma, atau penyakit daripada virus, boleh amalkan propolis. Berdasarkan kajian di luar negara (Brazil) pada 2012, red propolis boleh menyembuhkan semua jenis penyakit barah.
  • Bisa lebah baik untuk membaiki saraf, penyakit sendi. Ada kajian terbaru menunjukkan bisa lebah boleh mengubati penyakit HIV
S: Apakah kesan sampingan madu?

J: Bahan semulajadi tiada kesan sampingan seperti ubat yang berasal daripada dadah, kecualilah jika seseorang ada alahan. Kita juga tidak boleh keliru dengan kesan sampingan dengan kesan penyembuhan. Antara kesan penyembuhan – rasa panas, pening, cirit-birit, muntah – ini sebahagian daripada proses pembersihan perut. Jika ingin kesan segera, ambil ‘royal jelly’ – biasanya selepas 5 minit sudah terasa.



Artikel Asal:- http://keranakasihnabi.blogspot.com/2013/06/hikmah-lebah-2-tanyalah-ustaz-18062013.html





Madu adalah cairan yang lengket dan manis yang dihasilkan oleh lebah dan serangga lainnya dari nektar bunga. Madu lebih manis dari gula meja dan memiliki ciri-ciri kimia yang menarik untuk pemanggangan. Madu memiliki rasa yang berbeda yang membuat orang lebih menyukainya daripada gula dan pemanis lainnya.

KHASIAT MADU:

  1. Aktif menjalankan fungsinya memulihkan tenaga dengan segera
  2. Menghentikan batuk dengan cepat
  3. Membersihkan, membuang segala kotoran dalam darah.
  4. Mengendurkan urat-urat yang tegang, tekanan, kemurungan.
  5. Menghentikan kesakitan sendi
  6. Baik untuk sistem pernafasan
  7. Badan dapat menyerap madu dengan mudah tanpa memprosesnya terlebih dahulu
  8. Membunuh kuman dan virus didalam darah
  9. Membaikpulih dalaman wanita
  10. Memelihara kesihatan kaum lelaki serta menambah keharmonian rumahtangga.
  11. Menghilangkan gatal-gatal pada kulit dan parut luka dengan segera
  12. Meningkatkan prestasi mental
  13. Mencantik, menghalus, melembap dan mengawal keanjalan kulit.


  14. Keistimewaan:
    Madu dapat disingkatkan dalam kata-kata Ibnu Sina “Madu itu menguatkan roh (kerohanian), madu itu menambahkan kerajinan (dan semangat), madu menggerak (membuka) selera makan, madu memelihara kemudaan, madu menolong melancarkan percakapan. Pada madu terdapat ciri-ciri makanan, ubat, ibadah, sunnah, taubat sesudah mengenali nikmat Allah yang besar ini dan pendekatan diri kepada Allah.”


Ok nanti Idah sambung lagi ye...

Idah Arba'i
013-9097825 (SID & Konsultant Shaklee Anda)
aurasihatceria@gmail.com

Monday 15 September 2014

Macamana nak buat bisnes SHAKLEE?

Selamat petang semua,

Mood santai2 hari ni. Sambil puteri bongsu Ummi meragam entry ni sedang ditulis. Alhamdulillah musim cuti sekolah, ada kakak nya tolong jaga. Penuh semangat Ummi nak update blog. Ok hari ni Ummi nak share dengan semua cara-cara untuk mulakan bisnes SHAKLEE yang best dan masyuk ni. Alhamdulillah. Semoga perkongsian ummi ni akan membuka hati-hati yang membaca nak buat bisnes SHAKLEE secara serius.

Ummi hanya suri rumahtangga sepenuh masa. Dah 7 tahun Idah buat bisnes secara online. Dah macam-macam bisnes Idah ceburkan diri. Namun inilah yang paling Idah rasa best je buat. Tak stress, santai2..Ada group support yang best, Upline/Mentor yang sentiasa follow up, bagi cara macamana nak capai kejayaan seperti mereka. Jom baca ye. Berminat bolehlah contact Idah. Alhamdulillah pendapatan Idah sekarang dah 4 angka.

MEMULAKAN ONLINE SHAKLEE BIZ SECARA SERIUS

Bagi anak-anak yang serius ingin menjana pendapatan melalui SHAKLEE, mulakan online biz anda dengan:

1. Fikirkan nama kedai & logo yang sesuai
2. Bina FB Fan Page
3. Bina blog
 4. Daftar syarikat
5. Daftar dengan courier service (Poslaju, GDex etc
6. membuka Akaun semasa (preferably Maybank)

Untuk mendaftar syarikat, anda hanya perlukan 1-2jam di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk urusan pendaftaran. Yang diperlukan hanyalah:1. IC2. Wang RM70-RM903. Rakan kongsi (Jika syarikat bersama)

Kenapa perlukan syarikat?
1. Meningkatkan kepercayaan pengguna
2. Boleh mendaftar dengan mana-mana syarikat courier, jadi item dapat di pick up dari kediaman / pejabat FOC tanpa anda perlu menapak ke pusat poslaju/courier. Jika tidak mendaftar, setiap kali pick up akan dicaj (Cth: Poslaju caj RM5/pick up)

Kenapa perlukan akaun semasa?
1. Anda boleh mendapatkan buku cek, jadi, pembayaran courier boleh dilakukan dengan mengeluarkan cek kepada posmen (posmen tidak terima cash)
2. Pengeluaran wang tanpa limit
3. Statement akaun semasa boleh digunakan untuk apply loan rumah/kereta/biz etc. terutama jika anda adalah WAHM

Akaun semasa boleh dibuka dengan:~ Deposit RM1k untuk akaun personal dengan menggunakan introducer yang menggunakan akaun semasa selama 1-2tahun atau lebih~ Deposit RM2k untuk akaun syarikat dengan menggunakan introducer yang menggunakan akaun semasa selama 1-2tahun atau lebih~ Paling mudah, mohon membuka akaun semasa melalui maybank2u. Tunggu maybank call lebih kurang lepas 3-7hari dengan deposit hanya RM500---->Lepas settle, nak withdraw balik deposit, boleh la. 


Fikir-fikirkan & Selamat merancang!

Di bawah ni juga Idah letak sekali apa bestnya buat shaklee ni :-

 
Untuk lebih lanjut boleh contact Idah ye:-

Idah Arba'i
013-9097825
whatsapp /Telegram/ wechat

Friday 12 September 2014

Apa itu B2B yang sering diingatkan dalam Legasi AIS Magic?

Alhamdulillah kini kembali menulis. Kekadang bila kekeringan idea untuk menulis, Idah lebih suka menulis dalam bentuk puisi. hihi..Ada bakat juga menulis puisi rupanya. Nak tau masa Idah zaman sekolah, Idah sangat minat sertai pertandingan puisi, terutama SAJAK. Sokmo menang JOHAN tau. Juara bertahan gitu. Sayang nya dulu takde android,jika tak mesti berkeping2 gambar Idah share dengan semua. Nak kena selongkar album-album lama dulu gamaknya ni.

Hari ni nak share tentang ilmu yang paling basic di ajar sewaktu Idah mula2 join shaklee. Nama team Idah Akademi Sihat Ceria( ASC), di bawah mak Idah - Master 2b Fazlina. Dalam group banyak diserapkan dengan nilai2 pengisian rohani iaitu cara kita berhubungan dengan ALLAH. Terus terang Idah nyatakan, sebelum2 ni mmg agak sukar nak bangun malam sebab ye lah dah kepenatan di siang hari, malam mmg ketiduran. Jika terkejut pun mmg susah lah nak bangun.

Bulan pertama Idah join shaklee, Idah cuba paksa diri buat semua yang di bawah. Betul! untuk murah rezeki, kita perlu usaha, namun jika sudah tahu KUNCI NYA lagi mudah. Apa KUNCI NYA untuk jemput rezeki? Hah, mcm kitalah... Jika dijemput datang kenduri , jamuan makan-makan, mesti kita tak lepaskan betul tak? Kekadang tu sampai sesat2 cari jalan rumah namun tekadnya nak penuhi tuntutan tu tadi,Kita sanggup redah jer.. dengan jem nya, kekdng tu jln berlingkau2..sesak dalam bandar, kereta yang banyak.

hah dalam SHAKLEE , kami di ajar untuk perbaiki connection dengan ALLAH. So checklist di bawah ni wajib dipenuhkan. Mula-mula rasa berat, namun bila dah jadi kebiasaan..alhamdulillah. Tak caya? Buat je..selebihnya kita serahkan pada ALLAH jua..


Bawah ni titipan puisi sebelum entry di atas tu tertulis...hihi. Nak jugak masukkan ...hihi.. Sila baca dengan penuh emosi k..

Ingin menulis...
ingin menulis..
ingin menulis..
namun bila tiada kata untuk diluahkan..
tiada bicara bisa kulontarkan
tiada
tiada

kosong
kosong
kosong

Aku mula hilang arah..
Aku mula tidak tahu mana harus kumulai
Namun itu bukanlah tanda aku MENYERAH
Kerana dalam diriku masih ada SESUATU
yang belum kukeluarkan.


Ya, AKU INSAN HEBAT!
Ya, AKU INSAN HEBAT!
Ya, AKU INSAN HEBAT!

Jadi ini yang aku PATUT lakukan!
Muhasabah DIRI SENDIRI!






Aku masih di sini!
Di meja soho..
Idea Oh Idea

Idah Arba'i
SID: 1127496
(^__^)

Tuesday 2 September 2014

MealShake Shaklee - Osemnyer untuk Hanani & Imam Muda Al fateh

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah..
Syukur masih dapat meneruskan misi update blog. Semoga kita semua sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera. Ok Idah sebenarnya nak maklumkan Promosi Bulan September ni sungguh-sungguh mengejutkan. Pihak Shaklee buat promo 2 produk sekaligus.

RM0.00 Shaklee: Meal Shakes - Buy 3 Free 1(00P217) promotion from Sept till Oct'14. Place your order now! TQ

RM0.00 Shaklee: Collagen Powder - Buy 6 Free 1(00P210) promotion from Sept till Oct'14. Place your order now! TQ

Hah!! best ..best..best..kan?
nanti entry di bawah Idah akan ceritakan satu persatu tentang produk ni ye. Sekarang ni Idah nak cerita dulu testimoni Idah ambil mealshake sepanjang dalam berpantang sehinggalah kini. Bukan idah je..anak2 Idah pun suka accept my hubyy..:) Jom baca testimoni Idah:-

MOMMY TO BE & IBU DALAM PANTANG
Wajib ambil tahu !!

Idah bersalin pada 26/5. Masa kat hospital Afiqah kurang meragam sangat maybe sebab masa tu dia br je keluar melihat dunia kan. Hari ke 2, susu mmg tak banyak lagi , Afiqah mmg meragam. tak pernah 3 orang anak idah meragam mcm ni. Hati ibu mana yang tak risau kan... So bila balik rumah sendiri..idah terus ambil Mealshake + ESP pg tu. Idah campurkan dua2 ni untuk Idah rasa lebih kenyang lebih lama. Al maklumlah Ibu dalam pantang kan tak boleh banyak bergerak sangat. So menu ni sangatlah mudah di samping idah cicah dengan biskut kering. Alhamdulillah, SubhanaAllah.. Amazing!!
Selepas menyusu, Afiqah lebih cepat kenyang, tidur pun lena. Malam-malam pun Afiqah dah tak meragam.. Dia jadi seperti anak-anak Idah yang lain. Jenis tak meragam mana. Just bangun ikut time yang biasa dia bangun utk menyusu. Alhamdulillah.

2nd kesan yang paling best!!
Idah alami masalah sembeli yang teruk. Idah takut sangat-sangat nak mem"buang" berikutan luka jahitan tu terlalu banyak. Rasa seksa nak bergerak, berjalan. Sampaikan terpaksa makan juga ubat tahan sakit . Dalam 3hari juga, Perut memulas2 tapi tak berani. huhu.memang menakutkan kata upline ida..hihi.
Alhamdulillah selepas 3hari Idah consume MEALSHAKE dan ESP, baru Idah berani nak mem"buang" itupun selepas dapat TIPS EKSKLUSIF dari My BFF..hihi. Nak tahu Tips nya? Hah itu kenalah beli dengan Idah baru boleh bagi..kihkih.. Special for my loyal customer gitu..Syukur alhamdulillah sepanjang idah consume Mealshake dan esp..tahap lawasnya mmg best.. Tak risau tentang sakit luka lagi. Satu lagi testimoni tentang Mealshake ni boleh baca di entry : KLIK DI SINI.
Fuh.. Update blog ni pun boleh teringat bau mealshake yg best tu.
Best sgt..ada yang suka dan ada yang tak..
Idah dan anak2 suka..
Abahnya kurang...(^__^)



Apa itu Mealshake?
=> Mealshake adalah pemakanan lengkap, dari vitamin, mineral, protein dan ayat2 al-Quran. Ayat al-Quran? (^__^) Jangan cepat terkejut ye !!

Ya, semasa bancuh Mealshake, ibunya boleh baca Al-Fatihah, Selawat( 3kali), Doa untuk anak lebih sihat,cergas dan cerdas (surah2 utk anak2 boleh jer google..:) ) Insyaa ALLAH maka jadilah ia satu hidangan lengkap yang penuh khasiat dan berkat.


Mealshake multivitamin utk kanak kanak

Mealshake bukan sahaja sesuai untuk kanak-kanak, malah seisi keluarga. Macam-macam kebaikan Mealshake ini. Ia sesuai juga untuk ibu yang menyusu, mengandung, mereka yang berdiet,atlit dan macam-macam lagi. Jom baca sekilas fakta tentang Mealshake ni.

6 fakta tentang Mealshake:

1. Nutrisi Lengkap
Menyediakan 24 jenis vitamin A- Z ,mineral dan ‘Trace Mineral’.Kekurangan ‘trace mineral’ akan memberi kesan kepada penyerapan vitamin-vitamin dan menyebabkan enzim tidak aktif. Ia juga mengandungi soya lecithin yang bertindak dengan vitamin larut lemak.
*Sesuai untuk mereka yang ‘susah’ menelan pil dan juga mereka yang ingin menjaga berat badan.

2. Membekalkan Nutrien Kepada Sel-sel
Kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa) yang membantu dalam membentuk kulit, kuku, rambut,organ-organ, darah, sel-sel imunisasi dan sebagainya.
*Badan lebih sihat. Malah Protien juga penting untuk penghasilan susu badan.Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang menyusukan anak.

3. Untuk Pembesaran
Mengandungi asid folik, Biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel dalam proses membesar.
*Sesuai untuk tumbuhbesaran anak-anak dan juga sesuai untuk ibu-ibu yang sedang mengandung.

4. Anti-oksida
Mengandungi vitamin A, C, E, zink dan selenium yang merupakan komponen anti-oksidan untuk anti-penuaan.
*Sesuai untuk mereka yang ingin kelihatan lebih muda dan mementingkan kecantikan.

5. Pemulihan Kulit
Mengandungi lengkap vitamin B-Kompleks, iron, copper untuk membentuk sel darah merah yang sihat, sekali gus meningkatkan warna kulit.
*Sesuai untuk mereka yang inginkan kulit yang cantik dan halus mulus.

6.Detox
Kaya dengan serat yang membantu (peristalsis kolon dan perut / buang air besar) untuk menyingkirkan lemak berlebihan dan bahan buangan daripada kolon dan perut.
*Sesuai untuk kanak-kana serta orang dewasa yang sering mengalami masalah sembelit.

Antara kebaikan Mealshake ini ialah :
    • Rasa vanila yang menjadi kegemaran kanak-kanak
    • Sesuai untuk kanak-kanak berumur 1 tahun keatas dan sesuai untuk seisi keluarga
    • Boleh menjadi instant sahur meal/ breakfast sekeluarga
    • Rendah lemak namun kaya dengan 19 vitamin utama, protein, fiber dan mineral sertakalsium yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak.
    • Meal Shakes memberikan tenaga dan menguatkan sistem imun kanak-kanak
    • Memberikan kecergasan dan meningkatkan kesihatan
    • Mengurangkan eczema kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa
    • Meningkatkan selera makan anak
    • Jika anak yang kerap demam lazimnya akan kembali sihat lebih cepat daripada biasa
    • Pilihan terbaik buat mereka yang tidak pandai telan supplement berbentuk "tablet"
    • Menangani masalah sembelit pada kanak-kanak
    • Amat bagus untuk kanak-kanak yang obesiti
     
     

french vanila flavor..bau eskrem.. 
Idah suka sangat2.. Anak2 idah lagi lah..:)

Mealshakes ini tidak mengandungi sebarang pewarna dan gula tiruan. Jadi semuanya dari sember semulajadi. produk bagus dan hebat. Nak campur dengan Esp, performance Drink atau minuman lain pun boleh janji buka daripada minuman berkeifein dan air panas. 

Dan yang paling best sekarang ada Promosi Hebat BUY 3 FREE 1. Fuyooo best tu.. Rugi kalau tak grab peluang ni kan. Memang rugi lah kalau tak beli time tgh promosi ni.... hihihi.. setin ni kalau sorang anak je yg consume, boleh bertahan dlm 2-3bulan..  

Shelf life Mealshakes juga tak lama  (tempoh hayat expired) Ini utk menjamin kesegarannya, tapi tak rugi beli sekurang2nya ambil 1set (buy 6 free 1).. Kenapa? sebab kalau satu keluarga consume (ibu,ayah, anak 2-3org) setin tu utk sbulan sahaja... So kalau amik 1set blih simpan stok setengah tahun.. or share2 dgn kwn2..

Jadinya jika berminat nak beli cepat2 roger idah Arba'i 
sms/whatsapp/telegram : 013-9097825
email: aurasihatceria@blogspot.com






DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnosis atau menyembuhkan apa jua penyakit atau masalah kesihatan.

Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yang berkaitan.
Copyright to Idah Arba'i
Designed by UMIESUEstudio 2015