Monday 29 September 2014

Kalkulator BMI- Pantau Tumbesaran Si Manja



Anda telah melakukan yang terbaik untuk memberikan pemakanan yang optimum kepada si manja anda untuk memastikan dia sentiasa aktif. Tetapi bagaimana anda akan tahu si manja makan dengan betul dan membesar dengan sempurna?
 

Cara paling mudah dan paling berkesan untuk mengetahuinya ialah dengan memantau tumbesaran si manja anda secara berkala (contohnya setiap 6 bulan), dengan menggunakan indeks jisim tubuh (IJT) untuk umur sebagai petunjuk. Jika anda ingin memastikan sama ada berat badan si manja sesuai dengan ketinggian dan umurnya, jangan sesekali membandingkannya dengan kanak-kanak lain. Kanak-kanak membesar pada kadar yang berlainan, dengan saiz dan ketinggian yang berlainan.

Memantau tumbesaran si  manja anda menggunakan IJT
Kalkulator IJT Guna indeks ini untuk memantau (monitor) status tumbesaran si manja. Anda hanya perlu mengisi jantina, umur, ketinggian (dalam meter) dan berat badannya (dalam kg), dan klik ‘Hitung’ untuk mengetahui IJT si manja anda, dan sama ada berat badannya normal, berlebihan atau kekurangan berat badan.
   
Anda juga boleh mengira IJT si manja secara manual dan menyemak status tumbesarannya. Simpan carta ini untuk membolehkan anda memantau kadar tumbesarannya dari masa ke masa.
How?
  • Ukur ketinggian dan timbang berat badan si manja anda.
  • Gunakan ukuran ini untuk mengira IJT si manja menggunakan formula ini:
  • Bandingkan IJT si manja dengan carta tumbesaran piawai daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia. Carta tumbesaran ini disediakan mengikut jantina. Jadi, jangan lupa untuk menggunakan carta yang betul untuk anak lelaki atau anak perempuan.
Apa seterusnya
  • Menggunakan pensel, cari umur si manja anda pada paksi mendatar carta dan naik ke garis menegak.
  • Cari IJT si manja anda pada paksi menegak dan bergerak mengikut garis mendatar ke kanan carta.
  • Pada titik di mana dua garis ini bertemu, tandakan dengan pangkah atau titik kecil. Bahagian di mana pangkah atau titik kecil ini terletak menandakan status tumbesaran si manja anda.
 Credit to : http://www.healthykids.org.my

Dalam Shaklee, ada menyediakan Set Vitamin untuk Kanak-kanak untuk lebih cergas dan Sihat. Apa- apa pun ini hanya cadangan sahaja, namun anda yang memilih untuk berikan yang terbaik buat si Manja Anda.






Untuk lebih detail tentang Set Kanak-kanak ini anda perlulah hubungi idah seperti maklumat di bawah untuk konsultasi yang lebih.

Idah Arba'i
aurasihatceria@gmail.com
013-9097825 (whatsaoo/telegram/wechat)

No comments:

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnosis atau menyembuhkan apa jua penyakit atau masalah kesihatan.

Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yang berkaitan.
Copyright to Idah Arba'i
Designed by UMIESUEstudio 2015