Thursday 25 September 2014

AKU MALU...


" AKU MALU "

Aku kata “astaghfirullah” tapi hati masih gemar akan maksiat.
Aku kata “wa atubu ilaih” tapi jasad masih melakukan dosa sama.

Aku kata “wa nadimna ya Allah” tapi kesilapan lalu masih ku ulangi.
Aku kata “subhanallah” tapi aku tidak mampu menghayatinya.

Aku kata “alhamdulillah” tapi aku masih tidak bersyukur dengan kurniaanNya.

Aku kata “Allahuakbar” tapi cintaku lebih kepada dunia.

Aku kata “ma fi qalbi ghairullah” tapi masih ada ruang di hatiku untuk insan yang tidak halal.

Aku kata “aku tak layak ke syurga, tapi aku tak sanggup ke nerakaMu” namun aku hidup di dunia seakan-akan aku kuat untuk rasa pedih api neraka.

Aku kata aku ingin mendekatiMu,
Namun amalku tak seiring dengan kata-kataku.

Aku malu dengan sepasang mata kurniaanMu ini,
Kerana air mata yang mengalir seakan-akan sia-sia.

Aku malu dengan tangan yang sudah lelah menyapu air mata,
Kerana tingkah laku pemiliknya ini tidak menggambarkan aku kesal.

Bahkan aku malu dengan sang burung yang berkicau,
Kerana aku insan yang dinodai dosa..

Sedang sang burung tidak disentuh walau sekelumit dosa.
 
 

No comments:

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnosis atau menyembuhkan apa jua penyakit atau masalah kesihatan.

Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yang berkaitan.
Copyright to Idah Arba'i
Designed by UMIESUEstudio 2015