Tuesday 5 August 2014

Antara GLA dan Period tidak teratur

KEDATANGAN haid tiga atau empat kali setahun adalah sesuatu yang membimbangkan kaum wanita, kerana kitaran haid yang tidak teratur sering dikaitkan dengan masalah kesuburan. Bahkan, wanita yang mengalami haid terlalu kerap dan panjang juga sebenarnya menghadapi masalah sakit puan kerana fenomena ini akan menyebabkan mereka menopaus sebelum waktunya.

Menurut Pakar Perunding Perbidanan & Sakit Puan dan Rawatan Kesuburan, Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI), Dr Adilah Ahmat, kitaran haid dipengaruhi hormon kewanitaan, iaitu estrogen dan progesteron iaitu proses penyediaan lapisan endometrium (lapisan paling dalam uterus) untuk kehamilan. Jika kehamilan tidak berlaku, dinding ini akan runtuh dan dibuang sebagai haid. Kitaran haid berlaku pada purata 28 hari atau 26 hingga 35 hari.

Manakala pendarahan haid pula biasanya berlaku dalam tempoh tiga hingga lima hari. Kitaran haid terbahagi kepada dua fasa, iaitu folikular (permulaan pendarahan hingga ovulasi berlaku) dan proliferatif (selepas ovulasi). Perubahan corak kitaran haid berpunca daripada perubahan jumlah dan masa pengeluaran hormon oleh kelenjar tiroid, adrenal, pituitari dan hipotalamus yang menyebabkan ovari lambat atau tidak mengeluarkan telur.

Tanpa ovulasi, haid biasanya tidak berlaku. Namun dalam sesetengah keadaan, hormon boleh menyebabkan pendarahan yang tidak menentu masa dan jumlah sama ada terlalu sedikit atau banyak. Bahkan, masalah berat badan yang terlalu kurus atau gemuk antara faktor lazim yang mengganggu proses ovulasi, selain gangguan emosi, tekanan, tempoh penyembuhan daripada penyakit atau pembedahan turut menyebabkan kitaran haid tidak teratur.

Malah kelenjar tiroid, pituitari dan adrenal boleh menyebabkan sesuatu hormon dikeluarkan terlalu sedikit atau sebaliknya. Pernah mengalami haid, walaupun sekali, bermakna wanita itu mempunyai rahim, ovari (yang mengeluarkan hormon estrogen dan progesteron) serta laluan keluar (vagina) yang telus.

Ramai menyangka haid yang jarang berlaku disebabkan saluran fallopio tersumbat. Sebenarnya masalah ini berkait rapat dengan hormon, bukan struktur laluan haid. Menurut Dr Adilah lagi, oleh kerana kitaran haid tidak teratur berpunca daripada gangguan proses kematangan dan pengeluaran telur, ia secara tidak langsung menjadi petanda wanita berkenaan mengalami masalah kesuburan.

Ini kerana jika tidak berlaku ovulasi untuk satu pusingan haid, bermakna tiada peluang untuk hamil pada pusingan berkenaan. Pada golongan ini, ovulasi hanya berlaku pada pusingan tertentu, malah ada kemungkinan ovulasi berlaku sangat jarang atau tidak terjadi langsung.

Bagaimanapun, haid yang tidak teratur tidak mengakibatkan pertambahan berat badan. Anggapan haid tersekat (jarang berlaku) boleh menyebabkan pengumpulan kotoran dalam badan dan berat badan bertambah adalah salah. Sebaliknya, berat badan berlebihan atau terlalu kurus menjadi punca kitaran haid tidak teratur. Masalah gemuk juga dikaitkan dengan penyakit Sindrom Polisistik Ovari (PCOS).

Wanita dengan PCOS biasanya mengalami berat badan berlebihan, haid tidak teratur, petanda berlebihan hormon androgen (kulit berminyak dan berjerawat, rambut berlebihan pada kawasan misai dan janggut), serta masalah kesuburan. Mereka juga menghadapi risiko mendapat penyakit kencing manis dan penebalan lapisan endometrium secara berterusan.

Rawatan paling popular adalah rawatan jangka pendek menggunakan hormon estrogen dan progesteron untuk mengembalikan haid. Bagi mereka yang lama tiada haid, pil hormon progesteron boleh diambil untuk beberapa hari. Manakala pil hormon berkombinasi (mengandungi hormon estrogen dan progesteron) diambil oleh wanita yang haidnya tidak menentu dan mengalami pendarahan banyak. Pil ini bertindak seperti hormon, iaitu merangsang penebalan dan pematangan lapisan endometrium.

Rawtan selanjutnya pula akan diberi mengikut punca masalah dan keperluan setiap individu. Contohnya bagi wanita yang mengalami masalah berat badan, doktor akan merancang corak pemakanan dan senaman untuk mereka. Manakala bagi wanita belum berkahwin atau tidak mahu anak, pil hormon berkombinasi perlu diambil untuk beberapa bulan. Wanita yang mengalami masalah untuk hamil pula disaran menjalani rawatan kesuburan bagi merangsang pengeluaran telur serta ubat sampingan.

Kesan sampingan berbeza mengikut jenis rawatan dan pengambilan hormon kesuburan boleh menyebabkan lebih satu telur dikeluarkan dan risiko mendapat kehamilan kembar (dua atau lebih) boleh berlaku. Pengambilan pil hormon biasanya menyebabkan rasa loya dan pening. Penghidap PCOS pula berdepan risiko mendapat ovarian hyperstimulation syndrome. Segera berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan fizikal termasuk tekanan darah, berat badan, ketinggian, kelenjar tiroid, dada dan abdomen.

Bagi wanita yang melakukan hubungan seks, pemeriksaan dalaman juga boleh dilakukan seperti ultrasound ke atas rahim dan ovari serta ujian darah. Ini untuk memastikan gangguan ini bukan disebabkan penyakit lain.

Sumber Dr Adilah Ahmat - Pakar Perunding Perbidanan & Sakit Puan dan Rawatan Kesuburan, Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI)

artikel :dr blog sakit tuan


Menurut sumber dari web healthy by nature , antara sebab-sebab haid tidak teratur adalah:-
  • Pertambahan atau pengurangan berat badan yang mendadak
  • Terlebih bersenam
  • Pemakanan tidak sihat (atau diet yang terlalu tinggi dalam karbohidrat)
  • Merokok
  • Penggunaan dadah
  • Penggambilan kafein yang tinggi
  • Pengambilan alkohol secara berlebihan (mengganggu fungsi hati dalam metabolisma estrogen dan progesteron)
  • Masalah dalam pemakanan (eating disorder)
  • Tekanan yang meningkat
  • Sindrom ovari polisistik (PCOS)
  • Rahim tidak normal (fibroid / sista / polip / endometriosis)
  • Ketidakseimbangan hormon
  • Ubat-ubatan
  • Kimoterapi
  • Baru melahirkan anak, keguguran, atau D & C
  • Breastfeeding

BAGAIMANA NUTRISI SEIMBANG DAPAT MEMBANTU?
Satu cara untuk mendapatkan kitaran haid yang teratur, adalah dengan menstabilkan hormon tubuh badan. Tubuh badan sebenarnya mempunyai keupayaan yang luar biasa untuk mengimbangi sendiri. Apa yang diperlukan adalah pemakanan yang seimbang dan lengkap.
Makanan tambahan yang digariskan di bawah adalah beberapa supplemen yang memastikan badan anda mempunyai semua nutrien yang diperlukan. Adalah lebih baik untuk menggambilnya dengan konsisten selama lebih dari 3 bulan kerana supplemen tidak bertindak dalam satu malam sahaja.
  • Multivitamin – Vitamin asas yang penting untuk semua. Pengambilan multivitamin akan memastikan diet harian anda adalah cukup dan lengkap.
  • Vitamin B complex- Untuk menangani kesan-kesan stress (yang mana salah satu penyebab haid yang tidak teratur), cuba amalkan vitamin b complex. Vitamin ini kerap dipanggil vitamin anti-stress kerana nutrisi ini digunakan oleh tubuh badan dalam memperbaiki kerosakan apabila dalam keadaan stress.
  • Magnesium – Mineral ini telah dikelaskan sebagai ‘penenang semulajadi’, jadi ia adalah penting dalam diet sesiapa yang mengalami haid yang tidak teratur. Malah, sesiapa sahaja yang sentiasa sibuk akan mendapat manfaat daripada tambahan magnesium. Tekanan sering faktor dalam ketidakteraturan haid, dan mineral ini dapat membantu dalam keseimbangan gaya hidup yang tertekan.
  • Antioksidan- antioksidan seperti vitamin A, C, E dan Sellenium membantu menghindarkan sel badan menjadi tidak normal. Seperti contoh sekiranya anda mempunyai masalah endometrial hyperplasia (penebalan dinding rahim), adalah baik untuk mencegah sel ini berkembang. Pencegahan adalah dengan mengambil vitamin antioksidan

Sumber: bekamkl

BAGAIMANA GLA COMPLEX MEMBANTU KETIDAKSEIMBANGAN HORMON


GLA Complex Shaklee mengandungi GLA (Gamma Linolenik Asid) dan sunflower oil. GLA telah digunakan oleh ramai wanita untuk memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid setiap bulan. Ia merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin iaitu hormon yang membantu badan mengawalatur proses-proses badan yang normal. Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid-asid lemak Omega-6.
Antara Kelebihan lain GLA Complex ialah:
  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
  • Membantu meningkatkan kesuburan
  • Melegakan PMS (sindrom pra-haid)
  • Membantu dalam menangani menopus
  • Menguatkan kuku dan rambut
  • Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
  • Membantu menangani ekzema
  • Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
  • Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
  • Menguatkan imuniti tubuh
  • Memperlahankan proses penuaan (awet muda)
  • Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
  • Mengawal kencing manis dan darah tinggi
  • Mengawal kolesterol
  • Untuk fungsi saraf
  • Membantu menstabilkan hormon dalam badan dan mengatasi masalah kulit jeragat terutama bagi wanita selepas bersalin
  • Membantu mengecutkan cyst
Alhamdulillah..ramai yang telah mendapat kebaikan daripada GLA Complex ini, jom baca testimoni pengguna.

 



Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi :

Idah Arba'i
aurasihatceria@gmail.com / kedainiaga@gmail.com
013-9097825 (sms/whatsapp)

No comments:

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnosis atau menyembuhkan apa jua penyakit atau masalah kesihatan.

Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yang berkaitan.
Copyright to Idah Arba'i
Designed by UMIESUEstudio 2015