Tuesday 12 August 2014

Tip kurangkan sakit jahitan episiotomi

Tip kurangkan sakit jahitan episiotomi

Mandi air suam dapat membantu. Pastikan anda tekap bahagian yang dijahit perlahan-lahan dengan tuala lembut dan bersih.


Dedahkan bahagian terbabit ke udara selama 10 mnit sekali atau dua kali sehari supaya ‘pengudaraan’ berlaku.


Jika sakit untuk duduk, gunakan pelampung kanak-kanak atau tuala yang dibentukkan seperti donat di atas kerusi.


Gunakan pad gel dingin. Kedinginan akan mengebaskan bahagian jahitan dan mengelakkan daripada bengkak.


Simpan tuala wanita yang akan digunakan dalam peti sejuk terlebih dahulu.


Jirus kaki dengan air ketika membuang air kecil atau besar. Ia dapat mengelakkan jahitan daripada menyakitkan anda.


Amalkan senaman lantai pelvik untuk melancarkan peredaran darah di bahagian berkenaan. Ia berkesan untuk menyembuhkan luka dengan segera.


Berjalan sekerap mungkin juga membantu peredaran darah dan mempercepatkan proses penyembuhan.


Sekiranya perlu, ambil paracetamol 1000mg setiap enam jam jika terlalu sakit.

Jika sakit dialami berterusan, segera dapatkan pemeriksaan doktor kerana dibimbangi luka anda terkena jangkitan kuman.

Sumber: Majalah pa&ma..


ATAU :-

Cadangan Vitamin yang boleh di ambil ketika dalam pantang :-


Insya ALLAH Konsultasi Khas untuk anda akan diberikan.
Pengalaman Idah sendiri berpantang dengan jahitan  episiotomi yang banyak.
Berminat nak tahu lebih lanjut dan sebarang pesanan produk, sila:-

Idah Arba'i
sms/whatsapp/telegram : 013-9097825
email : aurasihatceria@gmail.com
(^__^)
Sihat itu nikmat, anugerah dan bahagia..
Langkah bijak kepada nutrisi yang baik!

No comments:

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnosis atau menyembuhkan apa jua penyakit atau masalah kesihatan.

Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yang berkaitan.
Copyright to Idah Arba'i
Designed by UMIESUEstudio 2015