Tuesday 26 August 2014

Shaklee Effect - Antara minat & kurang minat

Artikel ini idah dapat daripada email yang dihantar oleh Irfan Khairi. Semoga ada manfaat nya buat newbie dan khasnya untuk diri sendiri.

Artikel:- Irfan Khairi
Sumber :- http://www.irfankhairi.com/live/prelude.htm
Bila kita lakukan sesuatu yang kita minat...

Bila kita lakukan sesuatu yang kita minat... kita takkan rasa cepat sangat nak give-up/putus asa. Walaupun belum mendapat keuntungan yang lumayan perniagaan kita, kita tetap gembira kerana kita lakukan apa yang kita suka!

Bila kita lakukan sesuatu yang kita minat... kita akan rasa cepat sahaja masa berlalu. Kalau lakukan kerja tersebut dari pagi sampai malam, terasa sekejap je. Bila tidur malam pula, rasa nak cepat je siang hari datang sebab kita dapat ulang kembali melakukan perniagaan yang benar-benar kita suka!
Bila kita lakukan sesuatu yang kita minat... kita suka menambahkan ilmu dalam bidang tersebut. Kita rasa seronok membaca, menghadiri majlis ilmu dan bertanya pada yang lebih pakar mengenai sesuatu perkara. Kita akan all out menambahkan ilmu dan aplikasikan ilmu yang dipelajari! Penyelidikan mengatakan bahawa, lebih dalam ilmu seseorang itu dalam sesuatu bidang, lebih tinggi pendapatannya!

Kalau buat perkara yang kita TIDAK minat...

Kalau buat perkara yang kita TIDAK minat... kita akan rasa cepat je mengalah. bila perniagaan tidak mendapat untung, mula kita salahkan orang lain dan salahkan keadaan. Kita akan cepat bertukar industri dan mencuba perniagaan jenis lain fikirkan, mana la tau kalau buat perniagaan lain boleh dapat duit lumayan... tetapi, keputusan akan tetap sama kerana perniagaan industri lain juga bukan minat kita!

* Kalau buat perkara yang kita TIDAK minat... kita akan rasa bila lakukan perniagaan, lambat masa berlalu. Kita akan rasa cepat bosan dan tertunggu-tunggu bila lah hari ini akan berakhir kerana nak balik rumah untuk rehat. Perniagaan pula dilakukan dengan tidak bersungguh-sungguh... seperti melepaskan batuk ditangga. Bila tidak bersungguh-sungguh, maka, pulangan yang datang kepada kita juga tidak bersungguh-sungguh!
* Kalau buat perkara yang kita TIDAK minat... kita tak suka mendalami ilmu bidang tersebut. Untuk berjaya dalam perniagaan, ilmu adalah amat penting. Tetapi bila dah tak minat, pastinya kita tidak akan luangkan masa dan wang untuk membeli buku, menghadiri majlis ilmu atau bertanya mengenai perniagaan kita. Akhirnya, tanpa ilmu yang cukup, perniagaan kelak akan gagal...
Jika dipantau kisah-kisah kejayaan dan juga membaca biografi mereka yang berjaya, semuanya melakukan apa yang mereka minat sebagai perniagaan. Adakah anda mempunyai minat yang boleh dijadikan perniagaan? Apakah minat anda?

Jadi, adakah perniagaan yang kita lakukan kini kita benar2 minat... ataupun tak minat? ;)

Alhamdulillah sejak Idah menceburkan diri dalam bisnes SHAKLEE ,Idah semakin jatuh cinta dengannya. Bohong jika Idah katakan tiada langsung badai yang melanda, namun jika takut dilambung ombak jangan berumah ditepian pantai. Ini jalan yang Idah pilih. In shaa ALLAH Idah akan teruskan sehingga berjaya. Kejayaan perjalanan Master-master dalam bisnes SHAKLEE ni benar2 membuatkan Idah lagi semangat nak berjaya.

Penting untuk kita ada "PUSH FACTOR" yang sangat kuat. Bila kita rebah tersungkur, kita lihat semula "push factor" kita tu..in shaa ALLAH dengan penuh keazaman yang tekad kita akan bangkit. Dalam setiap bisnes yang kita cebur, ada risikonya. Cuma di sini kita kuat atau tak untuk harunginya.


Apabila rebah Idah akan baca kisah2 kejayaan Masters untuk suntik semangat semula. Ini antara pesanan Moyang Idah :-




Seronok kan? Dalam group sentiasa ada support dari org atas. Tak lah kita terkapai2 sorang.
Jika anda pun berminat nak buat bisnes SHAKLEE boleh lah contact Idah ye.
Banyak kelebihan yang kita dapat. Boleh KLIK DI SINI! 

Idah Arba'i
013-9097825
aurasihatceria@gmail.com
http://www.facebook.com/kedainiaga.net

No comments:

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnosis atau menyembuhkan apa jua penyakit atau masalah kesihatan.

Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yang berkaitan.
Copyright to Idah Arba'i
Designed by UMIESUEstudio 2015