Tuesday 26 August 2014

Oh muslimah...berbahagialah..:)

Bismillah...
Assalamualaikum semua,

Hari ni Idah hanya sekadar ingin berkongsi sesuatu yang Idah baca dalam FB. Moga-moga ada manfaatnya kita bersama bagi insan yang bergelar wanita :-
"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." (Hadis Riwayat Ahmad)

1 - mendirikan sembahyang lima waktu = tidak melambat-lambatkan seruan solat, sentiasa istiqamah iaitu berterusan, tanpa dipaksa, menjaga rukun-rukun dan syarat sah solat
dan sebagainya.

2 - menjaga kehormatan = menutup aurat, tidak menceritakan perihal buruk diri, serta suami dan keluarga, menjaga tutur kata, tidak bergaulan dengan bukan mahram secara bebas dan sebagainya.

3 - berpuasa sebulan = berpuasa bukan hanya menahan lapar dahaga, tapi juga menjaga kemuliaan bulan ramadhan itu sendiri dengan menjaga lidah, pandangan dan telinga daripada bercakap, melihat dan mendengar perkara-perkara yang mengakibatkan pahala puasa itu merosot dan seterusnya hilang.

4 - taat kepada suami = taat dalam apa jua keadaan sekalipun kecuali apabila disuruh melakukan kemaksiatan contohnya diperintahkan membuka aurat di khalayak ramai, disuruh mencuri, minum arak dan sebagainya. wanita yang belum berumah-tangga pula, kewajipan taat ini dihukumkan kepada ibu dan bapanya. setelah berkahwin, suami adalah nombor 3 wajib ditaati selepas Allah dan Rasul. presiden amerika syarikat sekalipun takde hak untuk ditaati sebelum suami.

Ustaz Bob Al-Bukhari : walaupun 4 perkara ini nampak remeh, tetapi kenapa ramai yang gagal. renung-renungkan dan selamat beramal. tengok dengan mata, fikir dan buat keputusan berdasarkan akal dan iman. wallahu a'lam

Muhasabah untuk diri Idah juga. Halwa telinga untuk semua Idah tujukan lagu ni untukmu muslimah :-


No comments:

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnosis atau menyembuhkan apa jua penyakit atau masalah kesihatan.

Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yang berkaitan.
Copyright to Idah Arba'i
Designed by UMIESUEstudio 2015