Tuesday 20 October 2015

Kelebihan Omega (Minyak Ikan) Shaklee


Harini Idah nak share minyak ikan jenama pilihan hati Idah. Sudah tentu jenama Shaklee.. Bukan sebab Idah Shaklee distributor tau tapi kerana ini :-

  • Omega Guard Shaklee dihasilkan menerusi kaedah teknologi terkini iaitu ultratulen bergred farmaseutikal. Maksudnya ia melalui proses penyulingan proprietari tiga molekul yg dpt memekatkan asid lemak Omega3 paling tulen.
  • Teknologi ini dapat menyingkirkan bahan2 berbahaya yg terdapat dlm ikan seperti plumbum, arsenik, merkuri,etc. Kebanyakan brand lain hanya menggunakan kaedah penyulingan tekanan tinggi utk mengekstrak minyak ikan. kaedah ini bukan hanya memusnahkan sesetengah nutrient malah tidak boleh menapis kandungan logam yg membahayakan kesiahatn seperti plumbun,merkuri,etc . (Info tambahan yg sy dapat daripada nutrionist Shaklee, katanya tak semua pengeluar minyak ikan menggunakan penyulingan proprietari tiga molekul, Kalau ada pun hanya penyulingan 1x atau2x...Kenapa? sebab penyulingan proprietari tiga molekul ni merupakan satu proses yang mahal..Shaklee sahaja yg melalui penyulingan 3x sbb nak berikan yg terbaik utk pembeli2nya.. yer tak) Wahhh ..Shaklee mmg terbaekk...sbb tu harganya setara dgn kualiti bukan jauh melampau mahal yer.. masih mampu milik
  • Omega Guard Shaklee tidak diekstrak dari minyak hati ikan kerana dihati kandungan toksik tinggi 

  • Minyak ikan Shaklee diekstrak dari ikan laut dalam dan berair sejuk seperti sardin, mackerel, herring dan anchovies. Kalau kita rujuk jenis2 ikan dan tahap merkurinya. ikan2 yg digunakan oleh Shaklee adalah ikan yg tahap merkurinya terendah.. Dan kajian juga menunjukkan bahawa ikan air laut sejuk mengandungi asid lemak tidak tepu yg sangat tinggi berbanding ikan lain..Ditambah dgn proses penyulingan 3x.. walla.. terbaekkk lagiii..hihi
  • Omega guard (minyak ikan ) Shaklee lengkap dgn 7 jenis asid lemak omega 3 yg perlu oleh badan iaitu DHA, EPA, HPA, ETA, SDA, DPA. Badan kita tak mampu menghasilkan asid lemak perlu ni utk proses metabolisme,etc.. Jadi kena dapatkan dari sumber makanan dan suplemen
  • Satu sajian Omega guard Shaklee (Recommended daily serving is 3 capsules) membekalkan 900mg asid lemak omega 3 yg perlu ie EPA dan DHA. Berdasarkan jadual dibwh, kandungan EPA dan DHA didalam Omega Shaklee antara yg tertinggi berbanding jenama lain


Sebab tu Idah sangat yakin Omega Guard Shaklee adalah suplemen minyak ikan terbaik didunia. Tak ragu2 lagi memilihnya..Bagaimana dengan anda?.Apa jenama minyak ikan pilihan hati anda?

 
Omega guard ..antara suplemen yang sangat digalakkan utk kita consume setiap hari kerana badan kita tak mampu menghasilkan asid lemak omega 3 yg perlu untuk badan kita utk proses metabolisma... untuk brain, untuk alahan, utk asma, utk sendi, utk kesihatan jantung, utk kawal berat, utk kulit yg cantik... Subhanaallah.. mmg satu famili perlukannya .So grab this month offer.. great offer from Shaklee (M) Sdn Bhd..
 
=====================================================

Untuk Order Vitamin Shaklee,
boleh terus hubungi Idah seperti di bawah :

Fb : Zubaidah Binti Arba'i
SID : 112 7496
IG : @idaharbai
Whatsapp : 013-909.7825
Email : kedainiaga@gmail.com




Monday 19 October 2015

Omega -3 untuk Keguguran Rambut


Hah kawan2 hari ni Idah nak bawakan #TipsSihatCantik untuk rambut. Mesti kawan2 selalu alami masalah keguguran rambut juga kan?kan? Tipulah kalau kata takde. hihi..

Ni Idah nak kongsikan antara tips untuk lebatkan keguguran rambut adalah kawal tahap tekanan anda, semak ubat yang anda ambil kerana sesetengahnya ada kesan sampingan pada rambut dan satu lagi ambil makanan yang kaya dengan asid lemak omega-3 seperti salmon dan walnut.

Badan kita tak mampu nak hasilkan sendiri asid lemak ini ,jadi dapatkannya dari makanan harian atau dari suplemen. Kalau macam saya, setiap hari mesti telan 3 biji Omega Guard sbb ia kaya dengan asid lemak omega-3.

Jadi sementara tengah promo ni apa kata order terus 2 atau 6 botol sekaligus. Boleh guna untuk tempoh 2bulan sehingga 6 bulan tu. Nak order boleh terus contact Idah tau.



===========================================

Untuk Order Vitamin Shaklee,
boleh terus hubungi Idah seperti di bawah :

Fb : Zubaidah Binti Arba'i
SID : 112 7496
IG : @idaharbai
Whatsapp : 013-909.7825
Email : kedainiaga@gmail.com

 


Promosi Oktober 2015 - Omega dan Gla bakal berakhir

Assalamualaikum semua,

Alhamdulillah malam ni dapat menulis di blog. Syukur alhamdulillah. Untuk pengetahuan semua, bulan ni Shaklee tawarkan promosi vitamin yang best sangat. Untuk kesihatan Jantung, Untuk kesuburan, Untuk Kesihatan Anak2 dan hanya berbaki 11hari sahaja lagi tau.


APA YANG OFFER? 
Ni yang Idah nak kasi tahu ni. :) Baca sampai habis tau. Rugi sangat2 kalau adik akk abang tak rebut peluang HARGA JIMAT ni.


1. Beli 6 Percuma 1 dan Beli 2 Diskaun 5%
Promosi setiap bulan tetapi produk yang berbeza. So bulan nih Shaklee berikan 2 produk untuk promosi beli 6 percuma 1 dan jika beli 2 botol akan mendapat diskaun sebanyak 5% iaitu GLA COMPLEX dan OMEGA GUARD. Memang menjimatkan. Boleh digunakan seisi keluarga, GLA COMPLEX untuk kecantikan dan kesuburan wanita, OMEGA GUARD pula untuk nutrisi anak-anak, untuk ibu mengandung, ibu menyusu, mereka yang nak kurus, mereka yang mempunyai masalah pelupa, mereka yang mempunyai masalah kesihatan sendi dan banyak lagi la.

2. Beli 3 Percuma 1
Untuk kanak-kanak juga tidak dilupakan. Shaklee menawarkan dengan setiap pembelian 3 botol VITA-LEA FOR CHILDREN akan menerima sebotol secara percuma sahaja. Memang sangat menjimatkan. Ibu-bapa boleh berikan untuk anak-anak seawal usia 2 tahun. Multi vitamin untuk anak-anak.

3. Beli 1 Percuma 1
Bagi jualan penghabisan stok Shaklee menawarkan dengan setiap pembelian sebotol VITA-E COMPLEX akan menerima sebotol secara percuma sahaja. Wah memang menjimatkan. Bayangkan la bayar pada harga sebotol tetapi akan mendapat 2 botol.


Amacam semua? Teruja kan, Meh lah dapatkan sekarang dengan harga best.


======================================

Untuk Order Vitamin Shaklee,
boleh terus hubungi Idah seperti di bawah :

Fb : Zubaidah Binti Arba'i
SID : 112 7496
IG : @idaharbai
Whatsapp : 013-909.7825
Email : kedainiaga@gmail.com


Saturday 10 October 2015

Makeover Blog

Alhamdulillah syukur akhirnya blog Idah dah bertukar color dan wajah. Baru ada seri dan mood baru nak menulis. Insya ALLAH.

Sahabat2 blogger yang kunjung blog Idah ni suka?

Apa pendapat semua?
Ok dengan imej baru ni?
Apa pun memang Idah rasa aura lain. yeaayyyy

Doakan Idah aktif menulis ye. Banyak sangat nak share tentang dunia vitamin ni dengan diri Idah.
Dah setahun 6 bulan Idah join Shaklee dan amalkan makan vitamin2 nya. Satu  Keluarga sudah Idah shaklee kan. Insya ALLAH bakal Idah shaklee kan anda juga tau. :)

Nak tau kenapa?

Sebab Idah sayang anda semua. Satu lagi bila Idah join shaklee dan  hadiri seminar Nutrisi yang di anjurkan memang sangat2 nak kongsikan dengan semua betapa penting nya nutrisi yang sihat, pemakanan yang seimbang dan lengkap serta gaya hidup yang lebih sihat.

Insya ALLAH nanti Idah menulis lagi. Suka nak tau cerita lagi?
suka kan? Alhamdulillah.

Baca tau! :)
Layan gambar sekeping untuk tatapan pembaca blog Idah yang comel.



==================================================

Untuk Order Vitamin Shaklee,
boleh terus hubungi Idah seperti di bawah :


Fb : Zubaidah Binti Arba'i
SID : 112 7496
IG : @idaharbai
Whatsapp : 013-909.7825
Email : kedainiaga@gmail.com

Wednesday 5 August 2015

Sambal Tumis Tempoyak Ikan Bilis Versi Ummi Hanani

Alhamdulillah, Idah ni asalnya orang Pahang. Lahir di Raub. :) So tempoyak dengan Idah ni memang sejak dari kecil lagi tau Idah dah makan. Tengok mak buat tempoyak macamane.

1/8/2015 hari tu Idah upload gambar sambal tumis tempoyak ni ramai pulak yang minta resepi. Idah masak ni main campak2 jer. Namun demi memenuhi permintaan kawan2 FB, maka Idah upload dalam blog ye.

Lagi mudah kawan2 nak rujuk.  Tadaaa ini lah rupanya sambal yang idah buat. Ok untuk resepi kawan2 baca di bawah ye. (masa ni idah tengah tonton Kuch Kuch Hota Hai...hahaha..xleh blah juga aku ni)


Resepi Ummi Hanani yang simple but osem tau :-

Bahan-bahan :
  1. Ikan bilis (ini suka hati koranglah..suka banyak letaklah banyak)
  2. Cili Padi - 10biji atau lebih ikut suka
  3. Bawang Merah Kecil - 2 biji
  4. Bawang Putih - 3 biji (ni pun ikut selera ye)
  5. Bawang Merah Besar - 1 biji (potong bulat)
  6. Tempoyak - 3 sudu besar (jika suka lebih pun tak pe)
  7. Garam secukupnya
  8. Perasa - 1 sudu kecil
  9. Minyak masak

Cara- Cara memasaknya..simple je :-

1. Tumbuk semua bahan 1 - 4 sehingga betul2 lumat.
2. Kemudian masuk tempoyak dan tumbuk sekali untuk bagi sekata semua bahan.
3. Panaskan minyak masak dan sedia untuk tumiskan semua bahan yang sudah di tumbuk tadi.
4. Bila sambal sudah separuh masak, Masukkan bawang merah besar yang telah di potong bulat tadi. Masukkn garam dan perasa juga ye.
5. Siap! Tak lama pun masak sambal ni..dalam 10minit je macam tu. Pastikan lada betul2 masak ok. Baru sedap.

Itu je kot...Maaf lag bab nak tulis resepi dan cara masak ni Idah perlu banyak belajar lagi ni. :)

Selamat Mencuba semua.

Oooppsss... jangan lupa tau lepas makan elok sangat ambil OMEGA GUARD dan Herbalex tau.



==================================================

Untuk Order Vitamin Shaklee,
boleh terus hubungi Idah seperti di bawah :

Fb : Zubaidah Binti Arba'i
SID : 112 7496
IG : @beauty_byidah
FB Page : Vitamin Menjelang 30 an
Whatsapp : 013-909.7825
Email : kedainiaga@gmail.com

Tuesday 4 August 2015

Hari sapu sawang dan juga cuci rumah

Alhamdulillah kini mood nak berblog dah datang. Hari ni cuci dulu sawang, kemaskini apa yang sepatutnya. Insya ALLAH lepas ni Idah akan giat aktif menulis insya ALLAH. Satu hari satu entry boleh?

Pasti boleh Idah!

Ok lah nanti Idah sambung ye. Banyak yang dikongsikan di blog comel ni. Titipan untuk semua pembaca blog Ummi Hanani :)


==================================================

Untuk Order Vitamin Shaklee,
boleh terus hubungi Idah seperti di bawah :

Fb : Zubaidah Binti Arba'i
SID : 112 7496
IG : VitaminShakleeShop
Whatsapp : 013-909.7825
Email : kedainiaga@gmail.com

Tuesday 12 May 2015

Testimoni Vivix : Mak Kesayangan Idah

Alhamdulillah ikuti testimoni Mak Idah sendiri yang consume vivix untuk membantu masalah penyakit nya iaitu :
  • Kencing Manis
  • Darah Tinggi
  • Buah Pinggang
  • Mata
Ni mak Idah. Umur dah 62tahun. Mak pernah operate usus, ada kencing manis, darah tinggi dan masalah buah pinggang sikit. Dah macam-macam makan, ubat hospital memang tak tinggal. Dan juga cucuk insulin untuk kencing manisnya tu.

Awal Januari 2015, masa tu ada promosi #Vivix Shaklee Idah tekad belikan Mak Vivix dan pada bulan Feb 2015, Mak start consume Vivix.  Masa bulan pertama mak minum tu, Idah cadangkan pada mak 2sudu sehari. Dalam masa 2minggu sahaja habis sebotol vivix. Bulan Mac merupakan bulan pertama Mak check up selepas consume Vivix. Alhamdulillah result selepas mak pergi check up harian setiap bulan :

  • bulan pertama makan vivix masa tu baru 2 minggu, bacaan kencing manis dan darah tinggi turun cuma masih tinggi.

  • bulan kedua check up, alhamdulillah semakin turun. Nanti balik Pahang Idah nak tengok buku rawatan mak. So far mak bgtau memang turun.

  • bulan ketiga ( bulan ni) mak tel. Alhamdulillah doktor bgtau semua dh ok. ( Bgs makcik.. Drh tinggi dah normal utk umur mcm makcik ni, kencing manis dh rendah.. Dlm 5++ gitu.. Apa pun ubat hospital still mkn ye makcik, pemakanan juga perlu jaga walaupun semuanya dah ok. Al maklumlah makcik, anggota dalaman makcik ni pun ikut umur tuannya..."

Alhamdulillah begitulah al kisahnya Vivix dan Mak. Mak kata lagi harapnya makin turun nak minta kat doktor tak perlu lagi nak  cucuk2 insulin lagi dah...mak kata perut mak ni dah takde tempat nak cucuk2.

Kepada ALLAh jua Idah doakan semoga kesihatan Mak lebih baik hendaknya..Amin3x insya Allah.

Rezeki lebih, insya ALLAH lepas ni pos 2 botol teruslah untuk mak. Sebotol mak makan sekarang dalam 1 bulan setengah. Ambil 1 sudu je sehari. Masa bulan pertama je ambil 2 sudu.

Ya Allah berikanlah mak idah kesihatan yang lebih baik. Amin3x.

Ada yang nak hadiahkan mak ayah vivix? 
Kita ikhtiar, Allah jua yang menentukan, 
kita submit doa smg org yg kita syg sihat hendaknya.

======================================
Alhamdulillah Bulan ni sangat best tau kalau anda nak hadiahkan VIVIX buat orang yang tersayang. 
KENAPA?
Hah sebab bulan ni ada PROMO belian 2 botol terus dapat DISKAUN 30%
Best kan?
Jom order sekarang. Banyak tawaran best.



=========================================================

Fb : Zubaidah Binti Arba'i
SID : 112 7496
IG : VitaminShakleeShop
Whatsapp : 013-909.7825
Email : kedainiaga@gmail.com

Friday 17 April 2015

Kelas Online Belajar Storytelling

Alhamdulillah malam ni berkesempatan ikuti kelas ulangkaji untuk tajuk :

STORYTELLING

Idah sangat suka belajar ilmu ST ni. Serasi dengan jiwa Idah. Syukur alhamdulillah bertemu dengan Sifu Tuan Izan yang osem.

Banyak sangat mendidik Idah. Semoga Idah terus sukses dalam bisnes Shaklee dengan menggunakan ilmu ST ni.

Sikit Tip Idah nak share untuk semua :

Apa beza storytelling dengan copywriting lain

* Ditulis dan digambarkan emosi dalam penulisan nya


* sangat mudah dibina

* kekuatannya pada pengalaman sendiri atau pengalaman orang lain

* pembaca tak rasa jemu dalam membacanya

*kualiti storytelling datang bila mana ada dua hala punya cerita

* mudah diingati dan dibayangkan

* sejujurnya ia satu teknik pengaruhi minda manusia tanpa sedar

Alhamdulillah..best tak? Insya ALLAH nanti Idah share lagi ye. Mai mai nak order vitamin pun boleh.

Fokus Idah untuk bantu :

Set Ibu Hamil/Berpantang/Menyusu
Set Kecantikan Kulit
Set Slimming Cergas Ceria
Set Kesihatan Optimum
Set Penyakit Kronik

==================================================

Untuk Order boleh terus hubungi Idah seperti di bawah :

Fb : Zubaidah Binti Arba'i
SID : 112 7496
IG : VitaminShakleeShop
Whatsapp : 013-909.7825
Email : kedainiaga@gmail.com

Friday 3 April 2015

Botak di usia muda


Kebiasaannya penuaan selalu dikaitkan dengan masalah kulit wajah sehingga terlupa bahawa rambut juga mengalamai masalah penuaan apabila uban dan keguguran rambut yang menyebabkan masalah botak menjadi petanda.

Namun begitu ramai yang beranggapan bahawa masalah rambut serius seperti botak hanya dialamai oleh mereka yang meningkat usia, sedangkan pada hakikatnya golongan muda juga tidak terlepas daripada mengalami masalah ini.

Masalah keguguran rambut antara 50 hingga 100 helai sehari dikategorikan sebagai normal, tetapi jika berlebihan maka ia perlu diberi perhatian agar tidak menjadi lebih serius.

Banyak mitos sering dikaitkan dengan masalah keguguran rambut misalnya disebabkan kerap membasuh rambut, menyikat rambut, mewarna rambut, banyak berfikir dan sebagainya, sedangkan ia tidak berkaitan dengan masalah itu.

Antara punca sebenar berlakunya masalah botak ialah genetik. Ia boleh diwarisi daripada kedua ibu bapa atau boleh berlaku atas tindak balas hormon dalam badan.

Selain itu, kesihatan rambut turut dipengaruhi oleh pengambilan ubat-ubatan dan bahan kimia. Pengambilan zat seperti kalsium dan zink boleh menyihatkan rambut. Walau bagaimanapun, jika mengambil terlalu banyak vitamin A dan D juga boleh menyebabkan keguguran rambut.

Serangan autoimmune, jangkitan mikro organisma dan penyakit kulit juga menjadi punca kepada masalah rambut yang serius.

Oleh itu, pencegahan awal perlu dilakukan lebih-lebih lagi oleh si jejaka yang mempunyai peratusan lebih tinggi berbanding wanita dalam masalah keguguran rambut.

Untuk mengatasi masalah ini, langkah pencegahan seperti pengambilan nutrien secara seimbang amat digalakkan. Ini bukan sahaja dapat membantu kesihatan rambut, malah kesihatan tubuh badan juga turut terjaga.

Apa yang paling penting, kebersihan kulit dan rambut perlu diberikan perhatian demi menjauhi masalah botak. Melindungi rambut daripada sinaran ultra lembayung juga antara cara terbaik untuk mengelakkan rambut gugur.

Artikel : Utusan Melayu

======================================

Idah juga ada sediakan Set Vitamin untu membantu atasi Masalah Botak. 

Mari kita baca pulak penerangan tentang set ni :

Energizing Soy Protein (ESP)

  • Energizing Soy Protein tersangatlah bagus utk masalah keguguran rambut, kuku dan kulit yang sihat.
  • Membekalkan protein untuk membina rambut baru.
B Complex
  • Terdapat Biotin dalam B Complex yang mana ianya bagus untuk menguatkan rambut dan kuku. Biotin juga dapat membantu kita utk mengelakkan kerosakan pada rambut. Ia juga boleh membuatkan folikel rambut kita kuat dan tebal.Biasanya dermatologi menggalakkan penggunaan Biotin utk masalah rambut.

    # Niacin, yang juga dikenali sebagai vitamin B3, ia juga membantu peredaran di kulit kepala dan ini membantu rambut anda tumbuh semula. Manakala, Vitamin B5 pula berfungsi seperti B3 dan juga boleh melambatkan rambut anda beruban. Selain dari itu, Asid folik atau vitamin B9 juga membantu dalam pertumbuhan rambut. Untuk pengetahuan anda, vitamin yang baik dari keluarga B akan memberikan anda keputusan yang sungguh menakjubkan untuk rawatan kehilangan/keguguran rambut.

Zinc Complex
  • Kekurangan Zinc pula boleh mendorong kepada rambut gugur. Jika tiada mineral zink , akar rambut akan menjadi lemah dan seterusnya menyebabkan kerosakan rambut serta menyebabkan pertumbuhan semula rambut anda sangat perlahan. Zinc elok sekali untuk rambut termasuk untuk pembiakan sel, pertumbuhan tisu dan pembaikan tisu yang rosak. Ia juga mengekalkan kelenjar merembeskan minyak yang melekat pada folikel rambut anda, sekali gus mengurangkan peluang mereka jatuh.

Revitalizing Shampoo
  • Melicinkan kutikel rambut dan melebatkan rambut
  • Sistem pembersih yang lembut dan berpaten
  • Menyegarkan dan menyeimbangkan kulit kepala dan rambut tanpa terlalu melembapkan atau mengeringkannya

Lightweight Conditioner
  • Melicinkan dan melembapkan rambut tanpa menjadikannya terlalu melekit
  • Mengembalikan elemen struktur supaya rambut kelihatan lebat, berkilat dan sihat
  • Menghilangkan kesan statik agar rambut mudah digayakan dan diurus


    ==================================================

    Untuk Order boleh terus hubungi Idah seperti di bawah :

    Fb : Zubaidah Binti Arba'i
    SID : 112 7496
    IG : VitaminShakleeShop
    Whatsapp : 013-909.7825
    Email : kedainiaga@gmail.com





Vitamin C, kolagen untuk kulit

SECARA umumnya, pertambahan usia dan gejala penuaan bukan satu jenis penyakit. Ia harus diterima secara positif.

Bagi membantu mengatasi masalah wanita 40-an, pakar kecantikan menyarankan pengambilan vitamin dan kolagen.

Tidak dapat dinafikan Vitamin C mungkin merupakan vitamin paling dikenali dan sememangnya layak untuk dihargai kerana fungsinya yang pelbagai kepada kesejahteraan tubuh, termasuklah pemulihan dan pertumbuhan tisu-tisu, mengekalkan kesihatan gusi, menyokong sistem imunisasi dan membantu penyerapan zink.

Ramai yang mengamalkan pengambilan vitamin C setiap hari dalam usaha merendahkan risiko mendapat serangan jangkitan ringan.

Hasil penyelidikan juga mendapati ia berpotensi mengurangkan tempoh demam selesema dengan menguatkan sistem imun badan. Bagi kebanyakan wanita pula, pengambilan vitamin C sebagai amalan harian begitu popular untuk kecantikan kerana ia merangsang kesihatan dan kecantikan kulit melalui penghasilan kolagen.

Menurut Presiden Persatuan Perubatan Estetik Malaysia, Dr. Chin Shih Choon, vitamin C atau asid Ascorbic sangat penting untuk tubuh badan.

"Ia larut air. Vitamin ini bukan sahaja berfungsi sebagai anti oksidan utama tetapi juga satu anti virus kuat selain berfungsi sebagai anti bakteria dan anti kulat.
"Vitamin C juga merupakan agen anti-radang dan anti histamina.

Oleh itu, ia sangat berguna melawan alahan dan gangguan radang kronik. Dalam pada itu, vitamin ini membantu sintesis kolagen, pembentukan tulang dan menyahtoksik. Dalam bidang kecantikan, vitamin C popular sebagai agen anti penuaan," jelasnya yang juga Pengamal Perubatan Estetik, MJ Medical Aesthetic.

Keperluan

Tambah Dr. Shih Choon, peningkatan usia seseorang menyebabkan manusia hilang keupayaan menghasilkan Vitamin C mereka sendiri.

Pun begitu, keperluan vitamin C masih boleh diperoleh daripada makanan seperti buah limau, buah beri merah, tomato, kentang, brokoli, bunga kubis, kubis brussels, merah dan lada loceng hijau, kubis dan bayam.

Mengulas tentang kolagen, Dr. Shih Choon memberitahu, kolagen ialah sejenis protein dan bekerja bersama keratin untuk menghasilkan kulit yang kuat, licin dan anjal.

"Apabila anda muda, anda tidak mempunyai masalah menghasilkan kolagen dalam badan. Sebab itulah, kita lihat kanak-kanak mempunyai rambut berkilat, cantik dan kulit licin. Seperti vitamin C, peningkatan usia menyebabkan badan hilang keupayaan menghasilkan kolagen dan bermulalah episod kulit menjadi kedut, kulit kusam selain timbul garisan wajah," katanya.

Tambah beliau, kolagen boleh diperoleh daripada produk soya, sayuran hijau gelap, madu manuka, dan avokado. Makanan-makanan ini membantu untuk merangsang pembentukan kolagen dalam badan kita. Sementara itu, terdapat juga sumber iklan daripada laut seperti ikan.

"Serat kolagen berasal daripada protein yang mempunyai tahap asid amino iaitu hydroxylysine dan hidroksiprolina yang tinggi. Asid-asid amino ini penting untuk pembentukan semua jenis kolagen," katanya yang menyarankan semua golongan tua dan muda mengambil vitamin C dan kolagen.

==================================

Kenapa saya beriya-iya mengesyorkan Sustained Release Vitamin C Shaklee kepada uols?

  • vitamin c shaklee ini unik kerana formula sustained release dan formula bioflavonoid.
  • Sustained (or, Time) Release ialah satu proses di mana vitamin diformulasi khas agar ia dilepaskan mengikut paten istimewa yang menjamin penyerapan vitamin di antara 3 ke 6 jam. Dengan bahasa ringkasnya, dilepaskan secara perlahan-lahan ke dalam aliran darah badan mengikut masa tertentu
  • sebatian tumbuh-tumbuhan semulajadi, dan bertindak sebagai pigmen tumbuhan dan agen antioksida. kuasa utama bioflavonoid adalah sifat antioksida yang bertindak sebagai agen anti penuaan, keradangan dan mengekalkan kesihatan badan.
  • Vitamin larut air (B-Complex dan Vitamin C) adalah seperti namanya, mudah larut di dalam air (sebab tu dinasihatkan pengambilan air yang mencukupi apabila mengambil suplemen), dan, ianya tidak boleh disimpan di dalam badan.
  • Sustained Release supplement boleh menawarkan kesan vitamin yang optimum, meminimumkan kehilangan vitamin dalam proses penguraian (perkumuhan), serta menstabilkan paras darah waktu siang dan malam.


==================================================

Untuk Order boleh terus hubungi Idah seperti di bawah :

Fb : Zubaidah Binti Arba'i
SID : 112 7496
IG : VitaminShakleeShop
Whatsapp : 013-909.7825
Email : kedainiaga@gmail.com

Tentunya penjimatan 20% di tawarkan kepada anda jika mendaftar sebagai ahli. Berminat? Jom daftar sebagai Ahli sekarang!

Tips mengurangkan Gejala Gedik Anak Perempuan

Assalamualaikum dan Selamat malam semua,

Tadi masa jenjalan kat new feed Idah terbaca tentang tajuk ni. Idah terus kongsikan dalam blog. Semoga Idah dan anda pembaca blog Idah ni dapat manfaat nya.

TIPS MENGURANGKAN GEJALA GEDIK ANAK PEREMPUAN
GEDIK adalah istilah terkini yang merujuk kepada aksi anak gadis yang menunjukkan gelagat yang agak 'menggatal' pada bahasa pasarnya. Ia menggambarkan naluri keinginan seorang anak gadis yang agak berlebih-lebihan untuk menarik perhatian lelaki.

Ekoran dari paparan isu tentang gejala zina atau seks bebas dan buang bayi kelmarin, maka ramai ibubapa yang tampil merujuk, khususnya tentang kebimbangan ibubapa terhadap anak gadis mereka yang kelihatan gedik.

Sebenarnya ramai juga sebelum ini kalangan ibubapa yang meminta kami kongsikan beberapa tips untuk mencegah atau mematikan budaya ini di kalangan anak gadis mereka. Kini kami rasa sudah sampai masanya untuk kami kongsikan. Namun kami tidak mengharapkan perkongsian ini boleh diterima bulat-bulat oleh kebanyakan ibubapa kerana ada yang melibatkan konflik dengan minat dan nafsu ibubapa itu sendiri.
PERANAN BAPA
Untuk mengelakkan kerakusan naluri seorang gadis terhadap lelaki, ia memerlukan satu konsep 'imuniti' dari lelaki juga. Peranan ini harus dimainkan oleh bapa kandungnya sendiri sejak anak itu kecil lagi. Antaranya ialah dengan membanyakkan 'body contact' seperti dakapan dan kucupan bapa terhadap anak itu sejak kecil.

Bau hormon lelaki yang bersifat melindungi dari dakapan dan ciuman kasih seorang bapa yang diamalkan sejak kecil itu boleh mematikan atau 'mendidik nafsu' anak terhadap lelaki. Ia mampu memberikan satu pendidikan kepada anak gadis untuk membezakan tahap keikhlasan dan kekejaman seorang lelaki.

Pada masa yang sama amalan yang diamalkan sejak kecil ini juga berkesan untuk mengelakkan fenomena haruan makan anak. Sang bapa juga akan semakin kasih dan bersikap melindungi anak gadisnya apabila ia diamalkan sejak kecil secara istiqomah. Ibarat manusia yang memelihara haiwan kesayangan yang boleh dimakan seperti arnab, kuda, ayam, burung dan sebagainya. Biasanya kita tidak akan lalu memakan daging haiwan kesayangan itu apabila disembelih dan dimasak.

Anak gadis yang sudah rapat dengan bapa juga akan lebih matang dan bijak menilai kualiti seorang lelaki dan tidak jadi rakus untuk menerima sebarang lelaki sewenang-wenangnya. Si bapa pula akan jadi pakar rujuk untuk membantu anak gadisnya menilai lelaki yang baik untuknya. InsyaAllah anak ini akan terlindung melalui bantuan furqon dan perlindungan dari ayahnya atau melalui suami yang baik yang berjaya di pilihnya.

LATIH ANAK GADIS DENGAN SIFAT MALU SEJAK KECIL :

Salah satu daripada usaha ke arah ini ialah dengan mengenakan pakaian yang sopan termasuk bertudung mengikut kehendak Allah sejak mereka kecil lagi. Amalan ini akan menjadikan anak kita mengamalkan sesuatu yang betul sejak kecil. Oleh itu jika kita tidak pasti bilakah saat nafsu anak kita terhadap lelaki akan terbit, maka mulakan sahaja sejak kecil.
Masalah besar yang menyukarkan anak gadis kita untuk mengubah penampilan dengan bertudung dan berpakaian yang syariah compliance hari ini ialah kerana mereka tidak dibiasakan sejak kecil. Mereka akan merasa teragak-agak dan keberatan untuk mengubah penampilan baru mengikut kehendak Allah kerana sudah terbiasa dengan amalan mendedahkan aurat dan gedik.

Seterusnya didik anak gadis kita agar tidak terlalu bebas bercampur dengan lelaki sejak kecil lagi, iaitu di peringkat pra-sekolah lagi. Bukan tidak boleh bercampur langsung, tetapi ajar mereka adab sopan sejak kecil agar mereka tahu membataskan diri mereka mana yang wajar dan sebaliknya. Jangan izinkan anak kita duduk terkangkang, terlompat-lompat, ketawa mengilai-ngilai, terjerit-jerit, dan lain-lain aksi kasar di hadapan bukan muhrim mereka.

Hari ini ibubapa tidak langsung memerhatikan semua perkara kecil sebegini. Malah ramai ibubapa yang dengan bangga membelikan pakaian yang ketat atau singkat untuk anak mereka. Maaf cakap kadangkala sengaja diajar anak gadis mereka menyanyi dan menari dengan lenggok yang sangat mengiurkan.

Kajian kami menunjukkan kita tidak perlu membiarkan anak kita dilihat beraksi begitu di depan lelaki buaya di luar sana. Cukup dengan bapa tiri, abang kandung, sepupu, bapa saudara, rakan sebaya yang berada di kejiranan yang biasa juga boleh terangsang untuk terbit keinginan memperkosa mereka. Jika anak gadis kita boleh dibiarkan berpakaian dan beraksi begitu, itu tanda kita dan anak kita berada pada tahap jahil. Pastinya golongan lelaki yang melihat mereka juga sejahil itu kerana kita berada pada zaman yang sama.

KESIMPULAN
Banyak sekali kes perkosaan di usia muda. Sedihnya ramai ibu bapa yang tidak tahu kerana ia tidak banyak tandanya. Anak itu tidak hamil kerana belum sempurna fungsi peranakannya tetapi sudah di barai sejak kecil.

Sebahagian dari musibah ini disebabkan kegilaan lelaki syaitan bertopengkan manusia dan tiada kaitan langsung dengan kehendak anak itu. Tetapi tidak salah jika kita mengambil langkah berjaga-jaga, mengikut petunjuk dan kehendak Allah sejak mula. Jangan sampai terjadi anak gadis kita di perkosa depan belakang, lalu dibunuh dengan kejam selepas ‘kerja’ syaitan ini selesai sepertimana yang dilapurkan berlaku di media.

Gejala gedik ini bermula terbitnya sejak kecil lagi dalam diri anak gadis kita. Oleh itu pencegahannya juga harus bermula sejak kecil, sejak mereka mula boleh bercakap dan faham apa yang kita katakan. Jangan pandang remeh dengan mengatakan anak itu belum ada nafsu kerana yang kita takuti ialah lelaki buaya yang memandang mereka itu sangat bernafsu sekali.

Jangan lupa fenomena haruan makan anak. Sekalipun anda adalah ayah kandung anak gadis anda, anda harus mulakan amalan ini (jika mahu mencuba) sejak kecil agar anda benar-benar menjadi 'tidak ada selera' untuk merosak anak sendiri. Bagi ayah tiri kami tidak melarang namun ia harus dimulakan lebih awal lagi, bukan ketika anda dapat anak tiri yang sudah remaja lalu anda peluk ciumnya.

Pendidikan itu wajib bagi setiap individu, dari buaian sampai ke liang lahad. Jadi biar siapapun kita, biar berapa umur kita, berapa tinggi pangkat kita, berapa banyak sijil kita, janganlah berhenti belajar dan menimba ilmu. Dan kami di RPWP juga masih belajar dan akan terus belajar.

Jadikan apa yang kami kongsikan ini satu tips, bukan satu ketetapan. Jika anda ada teknik yang lebih baik dan rasional, sila kongsikan di ruang komen. Lebih baik jika melalui inbox agar tidak menimbulkan fitnah. Semuga bermanfaat.

Kudap Parenting
WARGA PRIHATIN

Saturday 17 January 2015

Apakah SKRIP Kita?

Siapa Mahu Tolong?
.
.
.
.
.

Bangun pagi, apakah skrip kita?
.
1. “Saya mahu makan apa?”
2. “Saya mahu makan siapa?”
3. “Saya mahu tolong siapa?”
.
.
Jika skrip 1 menjadi rutin, ia berbahaya. Jika skrip 2 digunakan, ia malah lebih bahaya.
.
.
Skrip 3 amat perlu diletakkan paling atas, kerana yang pasti rezeki ada Allah siapkan untuk kita. Kita perlu berusaha dan tawakal kepada Allah.

Kita mungkin usaha A, dapat cara B – yang tidak kita sangka-sangka. Amat mudah begitu berbanding kita perlu berusaha sendiri 100%.


Mengapa BAYAR LEBIH ? JOM JOIN AHLI  UNTUK DAPATKAN 20% hingga 30% DISKAUN dan nikmati pelbagai tawaran yang istimewa.

Friday 16 January 2015

Testimoni Hebat Pelanggan Berhenti Merokok Dengan Vivix

Alhamdulillah sangat gembira Idah bila mana masa dalam Kelas Group Coaching Idah, anak buah Idah bentangkan tajuk " Vivix Oh Vivix, menceritakan pengalaman beliau membantu para pelanggannya berhenti merokok dengan mengamalkan VIVIX.

Banyak juga tips yang dikongsikan dalam group kami. Sudah semestinya ianya suatu yang eksklusif. Ada beza rupanya cara makan bagi perokok biasa dan perokok tegar. Nak tahu? Ianya hanya akan dikongsikan kepada para pelanggan kami sahaja. Jom Baca koleksi testimoni pelanggan dari Group kami sendiri :






Hah anda teruja tak? Nak lagi testimoni tentang Berhenti Merokok dengan Vivix bolehlah  KLIK DI SINI.  Tentang isu hukum merokok pulak KLIK DI SINI
Insya ALLAH usaha, ikhtiar dan doa pasti ALLAH makbulkan. Yang haram tetap haram. Kita lah yang mampu mengubahnya.
Ha sudah , semua pakat PM tanya camne secara logiknya VIVIX boleh buat orang berhenti merokok .. VIVIX ni pengganti nikotin ke?

Saya cuba explain secara ringkas ye bagaimana VIVIX membantu untuk mereka yang ingin berhenti merokok.

Vivix ni bertindak dari tahap sel ( celular level) .. Vivix ni buang nikotin yang ada pada DNA kita dan menyebabkan DNA kita pulih seperti asal.Bila DNA kita dah pulih kepada asal , badan kita sendiri akan tolak rasa nikotin jadi macam masa mula-mula nak merokok dulu.
VIVIX bukan lah TERAPI PENGGANTIAN NIKOTIN tetapi VIVIX ADALAH TERAPI BUANG NIKOTIN ..

Tentang cepat atau lambat sudah tentu bergantung pada tahap kondisi kesihatan individu sebab setiap kita berbeza.

Credit to Siti izla for such a good information ..
HARGA VIVIX ialah RM475 
TUNGGU .. !!!  Idah ada TAWARAN ISTIMEWA untuk anda ..
PROMOSI JAN 2015
 
 BELI  6 PERCUMA 1
atau
BELI 2 GET 5% 
JANGAN BERLENGAH lagi .. 
hubungi saya segera .. 
INSHA ALLAH saya akan bantu anda untuk BEBAS DARI MEROKOK.
 
WHATSAPP / TELEGRAM KE  013-9097825


Penangan GST Oh GST! Jom Kumpul Stok Vitamin.

Sejak dari tahun lepas sejak kerajaan umumkan akan laksanakan GST pada 1 April 2015, semua dah pakat panik. Terutama yang sememangnya setia dengan suplemen Shaklee kan. Mula lah pertanyan " Akk..Harga Shaklee akan naik tak?
Relax brother..brother relax..

Ni Idah nak kasi tahu kat semua.. Tahu tak? Tahu tak? Sejak Nov 2014, Shaklee buat promo berganda-ganda untuk pengguna dan pengedarnya. Wow! Masa dapat mesej bertalu-talu dari pihak Shaklee, kami SID ni pakat bersorak masing-masing. Bulan ni Jan 2015, Shaklee bagi lagi promo berganda-ganda uollsss. Rugi sangat-sangat kalau uolls tak rebut peluang ni.




Hah? Cam ner? Terbeliak tak mata korang semua? Kan dah cakap tadi. Itulah ni mesti main skip2 jer ayat Idah kat atas kan? hihi....Oklah itulah promo bulan ni. Rugi tau jika tak rebut peluang ni. Terutama jika anda memang pengguna setia salah satu produk kat atas nun.. :)

Itu yang korang tengok HARGA RETAIL yang telah dipromosikan. Nak lagi jimat sejimatnya? Ada ke? Tentulah ada. Bak kata Ninja Pah :
Sudah pasti, harga untuk ahli atau pengedar jauh, jauhhhhhh lebih murah dari harga runcit! Jika kebiasaannya untung runcit adalah sehingga 33%, dengan PROMOSI HEBAT ini, lebih dari itu pun anda boleh dapat! Nak jadi AHLI atau PENGEDAR SHAKLEE?
Berbalik tentang isu GST, ya betul Shaklee juga terlibat sama dalam pelaksanaan GST. Sudah semestinya, 6% GST akan dikenakan bagi setiap pembelian produk Shaklee! Ia memang tidak boleh dielakkan lagi, tetapi masih belum berlaku lagi, April 2015 nanti!

Kenapa sekarang saya dah war-warkan? Sebab saya nak ajar anda jadi PENGGUNA BIJAK! Mulakan mengumpul stok Suplemen anda dari bulan Disember ini, Promosi berganda memang untuk anda!  - kredit to Ninja Pah. :)
Hah? Apa tunggu lagi ...
Mai lah nak order . Pilih lah nak set Promosi beli 6 FREE 1 atau Beli 2 dapat diskaun 5% atau Vitalea beli 3 FREE 1.

LEBIH PENJIMATAN, 



Kecoh! Vitamin C tak boleh dipatahkan dua?

Semalam agak kecoh dan riuh rendah seketika apabila, beberapa pengedar Shaklee yang pulang dari Health Talk, menyatakan bahawa :


Mematahkan pil Sustained Release(SR) Vita-C kepada dua akan menyebabkan penyerapannya kurang berkesan!
Ia adalah bercanggah dengan info dan praktikal yang diperturunkan dari zaman berzaman oleh mereka yang telah lama mengamalkan pengambilan suplemen Vitamin C.

Mengikut pendapat mereka:

Sewaktu demam, batuk, selesema atau kurang sihat, keperluan Vitamin C meningkat untuk membantu tubuh melawan penyakit. Apabila SR Vita-C dipatahkan kepada dua, seluruh 500mg Vita-C akan direlease kedalam tubuh pengguna.
---> Ini jugalah yang saya pegang selama 4 tahun, bergelar pengedar Shaklee dan sering melakukannya ketika saya dalam proses untuk lebih sihat. (To be honest, memang rasa perubahan, mengapa? -- mungkin kerana mindset, wallahualam)

Jadi apakah sebenarnya "Sustained Release"?

Shaklee adalah pioneer dalam menggunakan teknologi SR, dimana, setiap vitamin C yang terkandung dalam SR Vita-C, diselaputi lapisan yang akan melepaskan Vitamin C tersebut secara berperingkat, iaitu 100 mg setiap jam.

Mengapa "Sustained Release" perlu untuk Vitamin C?

Seperti yang kita sedia maklum, Vitamin C adalah sejenis Vitamin larut air. Tubuh kita hanya boleh menyerap Vitamin C 100-200mg dalam masa 1 jam, selebihnya akan disingkirkan melalui air kencing. Dengan pelepasan berperingkat oleh SR, tubuh kita dapat menyerap Vitamin C dengan lebih optimum dan mengurangkan pembaziran Vitamin C melalui Urine.

Apa berlaku apabila, SR Vita-C dipatahkan 2?

Apabila kita mematahkan, atau menumbuk, kita telah memecahkan matriks yang membentuk lapisan SR. Ini mengakibatkan pelepasan Vitamin C tidak lagi berlaku secara berperingkat.  Lebihan Vitamin C yang terbebas dan tidak diserap oleh tubuh akan disingkirkan melalui urin, di sinilah berlakunya pembaziran kepada wang yang telah kita laburkan. Allahu Akhbar! Ilmu baru yang wajib saya sampaikan dan perjelaskan pada anda semua, untuk saya dan juga semua pengedar dan pengguna Shaklee SR Vita-C.

Bagaimana Saranan Scientist / Nutritionist Shaklee?

Sebaik mendapat pertanyaan dari lapangan tentang isu ini, saya terus menghubungi beberapa Nutritionist Shaklee juga President Shaklee Malaysia untuk mendapatkan penjelasan lanjut dan pemahaman yang lebih dari Scientist Shaklee di US.

Alhamdulillah, untuk keperluan harian Vitamin C kita, 500mg Vitamin C adalah mencukupi dan sekiranya kita dalam proses untuk sihat, (cth: demam, selesema, batuk) keperluan Vitamin C diperlukan sehari meningkat tetapi kadar penyerapan tubuh masih sama (atau sedikit meningkat dari 100-200mg).

Cara yang efektif adalah dengan mengambil 2 biji SR Vita-C (tanpa dipatahkan) setiap 5 jam. Dengan ini, setiap jam 200 mg Vitamin C akan dilepaskan untuk penyerapan tubuh dengan lebih efektif.

Sekiranya anda mengambil dosage Vitamin C sehingga 500-1000mg tanpa teknologi 'Sustained Release" anda mungkin mahu pertimbangkan semula pelaburan wang anda yang bakal berakhir membazir di urin ")


Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Mr Victor, President Shaklee Malaysia kerana dengan pantas telah membuat perjumpaan ringkas bersama Product Manager, Puan Celine dan Nutritionist serta telah mendapatkan pengesahan terus dari Scientist Shaklee di US.

Saya harap penjelasan ini, membantu pengedar dan pengguna Shaklee untuk memastikan kita mendapat manfaat pengambilan Vitamin C dengan optimum dan tidak berlaku lagi pembaziran wang yang telah kita laburkan.

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan, dan memerlukan penjelasan lanjut para nutritionist shaklee amat berbesar hati untuk membantu anda.



Kredit kpd Presidential Master Zuraifah @ NinjaPah.
terbaekkk lah Moyang Idah ni...

Pesanan Penaja : Hah korang nanti dah dapat vitamin C tu tak yah nak patah2 dah..makan je terus. ok?



 

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnosis atau menyembuhkan apa jua penyakit atau masalah kesihatan.

Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yang berkaitan.
Copyright to Idah Arba'i
Designed by UMIESUEstudio 2015