Monday 29 September 2014

Cabaran 30 Hari | Hari #01 : Siapa Saya

Wah..vavava... CABARAN 30 hari menulis Blog.
Sahut cabaran!!
Idah suka dengan cabaran.
Nak tahu kenapa?

Hah sebelum tu sempena dengan Tajuk Entry " SIAPA SAYA?" ..So kena lah perkenalkan diri ambe dulu...

Idah Arba'i dilahirkan di Raub Pahang, Ambe orang Pahang weii, lepas kawin dengan Orang Ganu, maka nya secara tidak langsung ambe pung dah jadi orang ganu..Kihkih.. Oklah actually(cewah omputih pulak)...

Idah sudah buat bisnes internet ni sejak 2006 lagi. Itupun atas inisiatif suami Idah. Idah berkahwin dalam keadaan Idah belum bekerja, masa tu Idah baru habis praktikal Di KIST ,Kandis Kelantan. Bulan 5 bertunang, bulan 8 kawin. Masa tu Idah baru nak kenal2 dengan dunia internet dan biz.

Idah ingat lagi biz internet pertama Idah join, adalah biz yang tengah glamour dulu kini dan maybe akan datang kot. Biz hantar email kepada orang lain dengan istilah kita bekerja hanya dengan hantar email boleh jana income. Iye masa idah join tu modalnya hanya RM40 sahaja. Kerja nya hantar email hari2,lepas minta suh orang bayar dan orang tu pulak..berantai-rantai.Sekejap je Idah join sebab rasa macam apa jer.. Tak berkat kot akhirnya terkubur gitu je..

Kemudian Idah melangkah ke alam bisnes AFFILIATE. Hah macam2 affiliate Idah join.dan Yang paling best Affiliate Belajar Bahasa Arab. Idah jual kamus BA dan raih komisyen. Berbaloi2 buat cuma memang kena rajin email orang dan join mana2 yahoo group. Dulu-dulu sangat glamour.

Lepas tu Idah aktif berforum, kenal kawan2 biz yang lain. Dan mulakan langkah berbisnes produk fizikal iaitu PAD HERBA SUSEN. Time tu MLM dan modal idah join serendah RM55.00 sebab time tu tengah promosi keahlian. So dapat lah income yang seadanya. Jualan peribadi tinggi, cuma kumpulan mmg takde. Sebab time tu Idah tak tahu apa2 pun pasal pangkat2 dalam MLM ni. Tahu nak jual je. Mentor pun takde. Asal ada biz yang best, Idah join. Namun semuanya separuh jalan.

Start 2009 Idah masuk pulak bisnes pakaian dengan menjual produk2 muslimah. Time ni dah cerdik sikit sebab Idah ada buat dropshipping. Sale alhamdulillah cuma memang penat. Sebab dari zero ke hero hihi..memang kita buat sendiri, Ukur saiz, snap pic, edit, upload. Saiz pulak bukan nya semua sama. Pendek cerita mmg banyak sangat keje. Idah slow2 amik stok dan buat dropshipping sahaja. Hah lega sikit.

2014, April...
Bermulanya perjalanan Idah sebagai seorang SID.. Untuk kisahnya boleh baca di sini : http://bit.ly/1uU3vFG


Insya ALLAH jumpa lagi next Entry....


IDAH ARBA'I
aurasihatceria@gmail.com
Whatsapp/Telegram : 013-9097825

No comments:

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnosis atau menyembuhkan apa jua penyakit atau masalah kesihatan.

Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yang berkaitan.
Copyright to Idah Arba'i
Designed by UMIESUEstudio 2015