Tuesday 16 September 2014

Khasiat Madu Lebah

Khasiat Madu. Ada sesiapa tahu? Hari ni Idah nak share tentang madu pulak.
Madu ni sangat bagus untuk diamalkan. Idah pun amalkan namun ianya dicampur dengan habbatussauda. Buat mcm kaya dengan roti. Sedap. Campur dalam air minuman kegemaran pun sedap.Macam Cinch Tea Mix Enegry Shaklee ni, nak sedap campur sikit madu+perahan lemon+ ginger...fuhhhh..Mak mertua lalu pun tak sedar..hahaha....



Ok jom baca sikit tentang madu. Ni Idah ada dengar dalam slot Tanyalah Ustaz.


S: Apakah cara makan madu terbaik?

J: Untuk tujuan rawatan:
  • Pertama – makan madu sahaja, tidak dicampur dengan bahan lain
  • Kedua – bancuh dengan air masak
  • Ketiga – paling berkesan, makan ketika baru bangun tidur sebelum makan apa-apa yang lain.
  • Keempat – amalkan 2 sudu pagi/malam
  • Jika makan madu, perlu minum air dengan banyak (min. 2 liter) kerana air akan membantu menggerakkan madu ke seluruh badan.
  • Boleh campur makan madu dengan ubat-ubat lain, kecuali jika ada alahan pada madu
  • Jika ingin beri pada bayi – beri sedikit sahaja
  • Tip untuk mula amalkan madu – bancuh madu dengan air kosong dan jadikan minuman seharian.

S: Apakah produk lebah yang terbaik?

J: Sebenarnya semuanya baik. Cuma, cara mengamalkannya yang berbeza mengikut tahap kesihatan dan apa yang ingin kita capai. Antara caranya:

  • Jika tidak penyakit apa-apa, amalkan madu asli.
  • Jika ingin anak yang cerdik, amalkan memberinya madu. Mulakan dari bayi lagi sehingga berumur 5 tahun, kerana proses tumbesarannya berlaku 90% pada tahun-tahun tersebut.
  • Jika ada penyakit, maka elok ambil ‘royal jelly’. Bagi mereka yang perlukan tenaga lebih, amalkan madu daripada hutan kerana ianya mengandungi herba. Jika selalu demam/selsema, amalkan madu asli. Jika batuk berterusan, asma, atau penyakit daripada virus, boleh amalkan propolis. Berdasarkan kajian di luar negara (Brazil) pada 2012, red propolis boleh menyembuhkan semua jenis penyakit barah.
  • Bisa lebah baik untuk membaiki saraf, penyakit sendi. Ada kajian terbaru menunjukkan bisa lebah boleh mengubati penyakit HIV
S: Apakah kesan sampingan madu?

J: Bahan semulajadi tiada kesan sampingan seperti ubat yang berasal daripada dadah, kecualilah jika seseorang ada alahan. Kita juga tidak boleh keliru dengan kesan sampingan dengan kesan penyembuhan. Antara kesan penyembuhan – rasa panas, pening, cirit-birit, muntah – ini sebahagian daripada proses pembersihan perut. Jika ingin kesan segera, ambil ‘royal jelly’ – biasanya selepas 5 minit sudah terasa.



Artikel Asal:- http://keranakasihnabi.blogspot.com/2013/06/hikmah-lebah-2-tanyalah-ustaz-18062013.html





Madu adalah cairan yang lengket dan manis yang dihasilkan oleh lebah dan serangga lainnya dari nektar bunga. Madu lebih manis dari gula meja dan memiliki ciri-ciri kimia yang menarik untuk pemanggangan. Madu memiliki rasa yang berbeda yang membuat orang lebih menyukainya daripada gula dan pemanis lainnya.

KHASIAT MADU:

  1. Aktif menjalankan fungsinya memulihkan tenaga dengan segera
  2. Menghentikan batuk dengan cepat
  3. Membersihkan, membuang segala kotoran dalam darah.
  4. Mengendurkan urat-urat yang tegang, tekanan, kemurungan.
  5. Menghentikan kesakitan sendi
  6. Baik untuk sistem pernafasan
  7. Badan dapat menyerap madu dengan mudah tanpa memprosesnya terlebih dahulu
  8. Membunuh kuman dan virus didalam darah
  9. Membaikpulih dalaman wanita
  10. Memelihara kesihatan kaum lelaki serta menambah keharmonian rumahtangga.
  11. Menghilangkan gatal-gatal pada kulit dan parut luka dengan segera
  12. Meningkatkan prestasi mental
  13. Mencantik, menghalus, melembap dan mengawal keanjalan kulit.


  14. Keistimewaan:
    Madu dapat disingkatkan dalam kata-kata Ibnu Sina “Madu itu menguatkan roh (kerohanian), madu itu menambahkan kerajinan (dan semangat), madu menggerak (membuka) selera makan, madu memelihara kemudaan, madu menolong melancarkan percakapan. Pada madu terdapat ciri-ciri makanan, ubat, ibadah, sunnah, taubat sesudah mengenali nikmat Allah yang besar ini dan pendekatan diri kepada Allah.”


Ok nanti Idah sambung lagi ye...

Idah Arba'i
013-9097825 (SID & Konsultant Shaklee Anda)
aurasihatceria@gmail.com

2 comments:

Amie said...

Salam kenal Ummi... blogger baru ye

Ibu Fateh said...

Salam kenal juga Amie...
Terima kasih sudi datang ke blog saya.. Nnt saya ziarah blog amie

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnosis atau menyembuhkan apa jua penyakit atau masalah kesihatan.

Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yang berkaitan.
Copyright to Idah Arba'i
Designed by UMIESUEstudio 2015