Friday 10 October 2014

Adakah penting Ibu Hamil ambil vitamin?




Ibu mengandung digalakkan untuk mengambil pre-natal vitamin kerana 
  • Dapat mengurangkan risiko kecacatan ketika hamil
  • Mengurangkan kelahiran pramatang & kekurangan berat ketika lahir
  • Membantu ibu kekal sihat dan memberi kekuatan kepada ibu sepanjang tempoh kehamilan.
  • Mengurangkan risiko kekurangan nutrisi bagi ibu yang mengalami loya, muntah dan tak selera makan di awal kehamilan.Apapun mengambil makanan berkhasiat dan seimbang adalah perkara utama. 
Antara vitamin penting bagi ibu mengandung ialah:
  1. Iron - utk pembentukan sel darah merah yang bawa oksigen ke seluruh badan. *makanan seperti ikan, daging merah dan hati mengurangkan penyerapan iron dalam tubuh, begitu juga kalsium seprti susu, keju dan produk tenusu lainnya. Ambil suplemen iron sejam sebelum atau 2 jam selepas jika makan makanan tersebut.
  2. Folic Acid - utk perkembangan fizikal dan saraf bayi di awal kehamilan. Folic acid boleh diamalkan dari sebelum mengandung lagi.
  3. Kalsium - untuk kesihatan tulang, gigi dan gusi ibu. Ibu mengandung cenderung untuk sakit pinggang dan kejang kaki jika kekurangan kalsium. Ibu mengandung perlukan 1000mg kalsium sehari.
  4. Omega 3 - penting untuk perkembangan otak, sistem saraf dan penglihatan yang baik. Ikan adalah sumber omega terbaik, terutamanya ikan salmon. Tapi hati2, ada ikan yang diracuni merkuri akibat pencemaran laut.

Vitamin Shaklee Untuk Ibu Mengandung :
  1. Vitalea - multivitamin dengan iron, mengandungi 30 nutrisi harian lengkap, 12 vitamin dan 7 mineral penting yg disarankan oleh RDA.
  2. B Complex - lengkap dengan 8 keluarga B termasuk folic acid
  3. Ostematrix - kaplet kalsium dengan magnesium, fosforus, vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron. Suplemen kalsium perlu datang dgn pakej lengkap tersebut untuk mengelakkan endapan sesetengah mineral. *magnesium dalam Ostematrix juga membantu melembutkan najis, jadi mengurangkan risiko sembelit pada ibu hamil.
  4. Omega Guard - sumber omega 3 terbaik dari minyak ikan tulen. Mula pada trimester ke 2 (bulan ke 4 kehamilan)
  5. Digalakkan untuk tambah Vitamin C dan ESP



Kenapa Vitamin2 ini penting untuk Ibu Hamil?







Jadinya ibu-ibu sekalian, jika anda sedang perancangan nak hamil ataupun sudahpun hamil , elok sangatlah ambil supplemen Vitamin Shaklee kerana merangkumi semua keperluan nutrisi bagi ibu hamil. Jangan lupa juga makan makanan sunnah seperti kurma, susu kambing, madu untuk kesihatan yang lebih optimum.

Di samping tu rajin-rajin baca Al-Quran, AL-Mathurat, doa-doa serta zikir2. Ini adalah untuk menguatkan rohani Ibu dan bayi. Insya ALLAH semoga zuriat yang dilahirkan soleh dan solehah.

Nak dapatkan set kehamil Shaklee ni boleh hubungi Idah ye. Set ni bukan untuk hamil sahaja tau malah jimat sampai boleh guna dalam pantang dan seterusnya.
Jimat..Jimat..(^__^)


Hubungi Idah ye. Insya ALLAH less 20% akan diberikan jika daftar sebagai ahli. Boleh hubungi Idah terus untuk lebih lanjut. Mana tau boleh dapat free keahlian. 
Free Gift juga akan disertakan. 

Semoga berjumpa lagi..

 

No comments:

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnosis atau menyembuhkan apa jua penyakit atau masalah kesihatan.

Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yang berkaitan.
Copyright to Idah Arba'i
Designed by UMIESUEstudio 2015