Wednesday 8 October 2014

Susu cair- Adakah tanda susu semakin berkurang??

Benarkah susu cair tanda susu semakin berkurang??

Sekilas fakta tentang susu ibu:

Di awal penyusuan, susu sememangnya lebih cair dan dikenali sebagai ‘foremilk’. Ia cair untuk menghilangkan dahaga bayi terlebih dahulu.
Di akhir penyusuan, susu lebih berlemak dan dikenali sebagai ‘hindmilk’. Hindmilk lebih pekat, berlemak, berkhasiat tinggi dan betujuan untuk mengenyangkan si manja anda.
 

Berkaitan dengan ‘foremilk’ dan ‘hindmilk’ juga, jika bayi anda tidak mengalami kenaikan berat yang sepatutnya, antara perkara utama anda perlu pastikan adalah bayi anda mendapat ‘hindmilk’ kerana ‘hindmilk’ lah yang membantu bayi kita membesar dan naik berat badan. Bayi tidak naik berat kemungkinan besar tidak mendapat ‘hindmilk’ dari anda. Jadi pastikan bayi anda menyusu lebih lama untuk membolehkan dia mendapat ‘hindmilk’..

Tahukah anda?

Apabila cuaca panas, susu ibu akan lebih cair dari biasa untuk membolehkan bayi mendapat lebih banyak air untuk menghilangkan rasa dahaga & mengelakkan badan dari penghidaratan (kekurangan air).

Apabila cuaca sejuk, susu menjadi lebih pekat dan mengandungi lebih banyak lemak dari biasa untuk membolehkan bayi mendapat tenaga, lebih banyak khasiat dan lebih kenyang untuk berada dalam suasana sejuk.

Apabila anda demam, suhu dalam badan akan panas menyebabkan susu ibu lebih cair.



Jadi jika anda lihat susu ibu yang diperah masih mempunyai lapisan lemak walaupun kelihatan cair, itu bererti susu ibu itu tetap mempunyai khasiat yang diperlukan bayi walaupun ia tidak pekat. Tetapi cairnya susu ibu adalah proses biologi tubuh menandakan ibu perlu teliti semua rutin ibu kebelakangan ini dan atasi masalah tersebut.

Jadi kesimpulan di sini untuk membantu ibu menghasilkan susu yang lebih pekat,  ibu mestilah:
    1. Pump dengan kerap dan jangan skip sesi pump
    2. Kosongkan payudara sepenuhnya setiap kali sesi penyusuan/pump
    3. Amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang

Jika ibu merasakan terlalu sibuk untuk memastikan diet seharian lengkap dan seimbang, pengambilan supplement  adalah alternatif terbaik untuk anda. Supplement bukan sahaja melengkapkan nutrisi anda dan membantu melancarkan penyusuan anda, malah memberi manfaat besar buat kesihatan anda dan bayi.



Ini adalah Set 3M iaitu mengandung, melahirkan dan menyusukan. Set ni lengkap untuk 3 fasa dan jika ingin berjimat boleh start beli masa hamil lagi. Jika ibu2 nak set Penyusuan Bajet sahaja boleh consume ESP+ ALFALFA sahaja.

Insya ALLAH dengan mengamalkan ESP (Soy Protein Isolate Powder) dalam membantu perjalanan penyusuan mereka. Rata2 ibu yang mengamalkan ESP memang mengakui susu menjadi lebih pekat dan bayi cepat kenyang. Jadi buat ibu2 yang tidak mahu mengamalkan pelbagai jenis supplement, anda boleh amalkan ESP. InsyaAllah berbaloi dengan pelaburan anda.



Info tentang penyusuan ibu boleh juga di dapati di link berikut :

http://kimsusuibu.blogspot.com/2011/12/1001-info-tentang-penyusuan-susu-ibu.html

Semoga bermanfaat buat semua Ibu-ibu di luar sana.
Idah Arba'i
Konsultasi Shaklee Anda.
013-9097825



No comments:

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnosis atau menyembuhkan apa jua penyakit atau masalah kesihatan.

Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yang berkaitan.
Copyright to Idah Arba'i
Designed by UMIESUEstudio 2015